فلسطين سوف تتحر

Monday, December 07, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

7 Disember, cuti pon dah nak habis. Hari ni kan ku ceritakan pada para readers ku sekalian mengenai pengalaman ku berjumpa dengan Maher Zain, saudaraku yang telah lama terpisah khabar berita.huhu.


Dalam kesibukan internet, ku jalan-jalan kat dlm internet. Suddenly, ku jumpa kawan lamaku, Maher Zain. Punya la tak sangka boleh jumpa beliau setelah sekian lama terpisah dek arus internet yang kadang2 slow.huhu. Kami pon bersalaman penuh kemesraan. Ku ajak beliau singgah kedai kopi mana2, boleh la sembang lame sikit. Kami pon singgah la kedai Awakening Restaurant. Dalam dok sembang-sembang ngan beliau, beliau promote beliau punya videoklip yang terbaru yang berjudul ماهر زين - فلسطين سوف تتحرر.

Lepas lebih kurang1 jam sembang dengan beliau, kami pon mengambil kata putus untuk berenti sembang takat ni saja noh. Kerna beliau beliau ada interview sikit ngan pihak The One Company dlm mempromosi dia punya video ke pasaran dunia. Kami pon berpisah menuju destinasi masing2.huhu. Beliau ada gak promote beliau punya lagu2 yang best2 seperti Awaken, Hold My Hand, Insha Allah, Thank You Allah, Allahi Allah Kiya Karo, Always Be There dan many more.

Sapa2 yang nak always connect ngan Maher Zain melalui facebook boleh la jd kipas susah mati dia by click here?


Sebelum beliau pi, dan tangkap gambaq dia skali.


The One Company dengan bangganya mempersembahkan videoklip beliau yang berjudul فلسطين سوف تتحر.





Palestine Will Be Free

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Ads here by : The One Company
© Awakening Records 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Friday, November 27, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA to all readers.

[ clcik to enlarge ]

'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua
makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?




Satu Syawal, Seribu Kemaafan

Friday, September 25, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Salam bertemu kembali slps sbulan puasa. Bila time raya je, kami seUSRAH blk kampong le. Dh jd tradisi, blk 29 ramadhan; pagi tu dh muler brtolak balek kampong. Rasa laen plak kali ni sbb slalunya klau travel mana2 mesti brenti R&R mana2 ntok makan.hehe. Skrang kan tgh posa.hoho. Lupa plak. Kami berkonvoi 2 kereta blk kampong; 1 avanza, 1 crv.

On the way, kami nmpak ader satu bas tu trbabas masok hutan skit; xcden bai. Seb baek x de pnmpang dlm tu, pmandu sorang jerk. Trok jgk xcden dia. Kami pon mula naek cuak sbb jalan tu mmg bhaya skit; berbukit2, kona sana kona sini dan curam. Kereta avanza dah jauh kdepan skit drpd kereta crv. Sbb kreta abang brenti jap, rehat. Kami=avanza slamat melepasi halangan tu. Kusangka terang hingga ke petang, rupa2nya hujan la plak(salah kot, sapa reti). Kereta crv, yang abg naiki ditimpa sedikit musibah, mgkin ini UJIAN drpd ILAHI..

Kereta abang xcden skit ngan kereta kancil x jauh drpd tmpt xcden bas td. Ekzos x mau balik kampong; terjatuh. Kena ikat baru boleh jalan(degil skit), lepas ikat abang buat laporan polis.

Lepas polis, kami pon meneruskan journey kami balek kampong.huhu. Smpai kampong malam tu jgk; k.trengganu atau lebih spesific no. 725, kampung nesan empat, tanjung, k.trengganu. dekat2 ngan pantai batu burok. Best oo.. Dok kt umah bleh la rasa angin pantai tu skit2.

Esok ??
Rayer la, kan dah 1 syawal.hehe. Raye kali ni pakai jubah hitam cuma pendek la skit. Maklumlah membesar, Denz pon pkai jubah jgak.hehe. Lepas solat sunat raya tu. Kami pon mula ziarah sedare-mare,spupu spapat dekat2 trengganu ni. Balik rumah PERLIS waktu raya ke5.. Smpai lbh kurang pkol 10 gitu la.hehe.

Diatas kesempatan ni, ana mengucapkan SELAMAT HARI RAYER 1430. Semoga amalan kita di bulan ramadhan diterima Allah, TAQABALLAHU MINNA WA MINKUM SOLIHUL AMAL. Insha Allah. Semoga kita dpt mneruskan amalan kita di bulan syawal ni dgn puasa 6. Insha Allah.

Esok, genaplah umur ana 16 tahun.


Wallahu A'lam. NO

Download Ketika Cinta Bertasbih 2

Saturday, August 29, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Waduh2. Gawat sih.
Smalam waktu dok bersiar2 dlm intenet, kuterbaca dgn satu kalam yang berbunyi begini.
Film Ketika Cinta Bertasbih 2, siap mengguncang kembali pada 17 September 2009, Insha Allah(penambahan tanda wacana).hehe.

Tak kusangka KCB2 nak kluaq dah. Sdgkan dkt Malaysia, KCB1 pon x masok pawagam lagi. Apa nak jd ngan ngara Malaysia la ni.Ish3. Jiran seAGAMA sendiri punya cerita pon lambat nk bwk mai masuk pawagam. Sedangkan crita2 orang putih laju je depa bedal bwk masuk Malaysia.What gonna happen to our country.Ish3.

Haritu post pasai KCB1 lupa plak nk crita dia pnya jalan crita.Dengarkanlah. Klik READ MORE utk mmbaca sinopsisnya berserta dgn video KCB2.hehe.Tafadhol, tafadhol..



dicopy dari Akhi Akhdian.
Untuk keterangan lanjut crita KCB ni, pulas telinga KCB ni.

Diangkat dari novel karya Habibburahman El Shirazy. Ketika Cinta Bertasbih terdiri dari 2 seri dan populer di kalangan para pecinta buku tanah air. Hingga kini lebih dari 1 juta eksemplar novel tersebut laku terjual.

Sinemart Pictures jatuh hati untuk memfilmkannya dalam versi utuh. Yakni dengan mengambil lokasi asli seperti yang tertulis dalam setting novelnya, mencari pemain yang memiliki karakter tak jauh dari tokoh dalam novelnya melalui proses audisi, dan melamar Chaerul Umam untuk kembali menyutradarai film setelah selama 11 tahun vacuum dari kiprahnya sebagai sutradara.

Ketika Cinta Bertasbih berfokus pada perjalanan tokoh Azzam (M. Cholidi Asadil Alam), seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut ilmu di Universitas Al Azhar Kairo-Mesir. Kuliahnya tertunda selama 9 tahun setelah ayahnya meninggal dunia, sehingga demi menghidupi dirinya dan keluarganya di Solo Azzam berdagang bakso dan tempe di Kairo-Mesir. Namun dari pekerjaannya itulah, ia menjadi terkenal di kalangan KBRI di Kairo, dan mempertemukannya dengan Eliana (Alice Norin), gadis cantik-modern, putri Dubes RI di Mesir.

Perjalanan hidup dan cinta Azzam yang berliku tidak sekedar memberikan pencerahan jiwa namun mengajak penonton untuk lebih mendalami rahasia Illahi dan memaknai cinta. Kehadiran Anna (Oki Setiana), seorang wanita Islami yang menggoda hati Azzam menjadi unsur yang mengikat keduanya dalam misteri cinta yang dikemas dalam sudut pandang yang sangat berbeda dari film-film drama romantis pada umumnya. Peran adiknya bernama Husna (Meyda Sefira), serta Furqan (Andi Arsyil)-teman kuliahnya yang juga berasal dari Indonesia dan terinfeksi AIDS merangkum perjalanan hidup Azzam menjadi sebuah cerita yang sangat bernilai.

Film ini didukung oleh belasan artis senior papan atas, seperti Deddy Mizwar, Didi Petet, Slamet Rahardjo, Ninik L Karim, Nungki Kusumastuti, bahkan sastrawan-Taufik Ismail pun muncul sebagai cameo. Ilustrasi musik dan soundtrack ditangani oleh Melly Goeslaw dan Anto Hoed. Krisdayanti pun tampil sebagai salah satu pengisi album soundtrack film Ketika Cinta Bertasbih.

Seluruh setting dalam novel dihidupkan dengan pengambilan gambar dari lokasi sebenarnya di Kairo-Mesir. Termasuk KBRI di Mesir, Sungai Nil, bahkan Universitas Al Azhar yang selama ini tidak memperbolehkan film asing melakukan syuting di lokasi tersebut. Separuh mahasiswa Indonesia asli yang menimba ilmu di Universitas Al Azhar Kairo-Mesir juga terlibat dalam proses pembuatannya.


KCB2 ver1


KCB2 ver2


Trailer Full KCB1


CoTu - Lord Of Ramadan

Friday, August 28, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Kali ni pnya POST pendek jer.huhu. Nk tunjuk depabuat showharitu, bersempena Ramadanfest(rasanya Ramadan Festival). Terjumpa haritu, dlm dok cari video2 ttg ramadhan. Dengarkanlah..

CoTu - Live 9. Ramadanfest Teil. 2

Lord Of Ramadan

Tuesday, August 25, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Allahuma bariklana fi rejab wa syaaban wa balighuna RAMADHAN..

Alhamdulillah, syukur to Allah kerna masih pnjgkn umuq kita utk bertemu dgn RAMADHAN ALMUBARAK. Bulan berkat kena la buat byk2 ibadat n sunat/sunnah.hehe.

LORD OF RAMADAN


Kelebihan Ramadhan..

1) Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

2) Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Sunat2 Puasa..

+ Makan sahur serta mentakhirkannya.
+ Segera berbuka, mulakan berbuka dgn makan kurma/tamar, paling kurang manisan. Baru ceria sikit, kerna MANIS itu membantu kita ceria.
+ 10 minit sblm bebuka tu, isikan dgn BERDOA kerna wktu sblm berbuka adalah antara waktu2 doa dimakbulkan.

Bersempena dgn ramadhan ni, nasheed for ramadhan. Alang2 terjumpa nasheed ttg ramadhan. Lagu ni Masha Allah, jarang dengar lagu mcm ni skrang ni. Lagu ni ada 4 language; english,turkish,german dan arabic. Kumpulan ni nama CoTu. Lirik masih belum dijumpai. Sapa ada shared2 la.hehe. Moga hidup kita terus diberkahi.Amin.

Nak see video tu, click READ MORE.hehe.



RAIHAN ft MAN BAI - HARAPAN RAMADHAN

LEADeRs

Sunday, June 07, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Pergh..
Cuti penggal kali ini tlh diputus2kn mnjd smiggu jerk.huhu, sedey gler.Org br nak mula relek buang stress dh kna mai skool awai2. Jihad la katakan.

Cuti kali jalan2 je byk.hehe. Balik skolah je, dh kna pack brg nk pi KL, hntar kakak gi AirPort;3hb(wktu ni ada kt leaders). Awal2 smpai KL, mcm besa la, check in rumh ttamu UPM-sedey gler, asik dpt bilik yg samer je bla nk dok situ; tgkt 4D.

Keesokannyer plak pi Johor;visits Sumah(adik ayah). Tidor sn smalaman.hehe. Esok tngah hari, balik KL plak. Dok UPM jgk. Bilik ponw dpt yg sama jgk;4D.hehe. Malam tu ummi jumpak kawan lama ummi, tak jumpa sejak habis skolah menengah dulu2.hehe.

Esok plak bermulalah tajuk post kali ni.hehe. Teruskan membaca dgn menghubungi kami di talian READ MORE..



Esok plak pgi Skolah Agama Adni, LEADeRs. Ana adalah satu2nya wakil Perlis.hehe. Berat tanggungjawab tu.

Awal2 program, kner nanyi lagu tema. Lagu tema x igt la. Tp ada la perkataan keadilan tu.hehe. Program pertama adalah MISSION IMPOSSIBLE. Kna bwat jambatan mggunakan kad manila 4 kpg, sgulung seletep, dan pisau satu. bwat la ikut citarasa stiap kumpulan. Kumpulan ana bwat jmbatan plg laen dgn org laen. SS(syok sniri) la plak.hehe. Awai2 tu kmpulan km mmg tatau nk bwat camner. Sumer org tadek idea, nasib baik la ada sorang abg fasi tu dia bg cdangan.tanx bro.

Malam tu plak kami kna kendalikan sniri sbuah Karnival Bebaskan Al-aqsa. Gawat oo masa tu, sebok giler. Maklumlah YB nak datang.hehe. Stiap kumpulan kna sdiakan satu booth dan tajuk dberikan. Our team dpt tajuk Kedudukan Masjid Al-Aqsa. Nasib baek la diorang bg buku Masjid Al-Aqsa Dlm Bahaya; hasil karangan Dr Hafidzi Mohd Noor.hehe.

Esok plak pihak pengurus kata akan pi sungai pkol 8.30, tp akhirnya lbh krg nk dkt pkol 12 br bertolak. Maklumlah manusia mrancang, Allah yg mnentukan..Sblm pi sungai, kami ada prgram OKB; Orang Kaya Bertaqwa. Kami dberikan stiap kumpulan berlainan jenis hanger, dan kami kena present kat depan utk tarik planggan kami; 2 org juri professional, sorang tu muka sbijik mcm Chef Wan. Ops,sorry. Dalam program tu kami dpt markah plg tinggi.Bangga team sniri plak.hehe.

Kt sungai, stiap org dikehendaki mngisi 7plastik kecil dgn batu, berat pergh, dh la kna usung spanjng rentas sungai tu.Mlm tu plak ada program Mansuhkan ISA, smangat oo time tu. Ayat yang paling karen dlm program tu "I want a lawyer", hehe..

Esok plak ada satu program tu, besh habis = by Abang Auzan. Dia bg ceramah ttg the road to succes. Yg plg best tang video2 yg dia bkk sebagai selingan dia pnya cramah, antaranya see under :



Lps tu plak, lps bahagi2 hadiah2, kami pon salam beramai2. Insha Allah klau masih hidup, insha allah kita jumpak lagik.hehe. Lepas tu apelagi balik la plak.hoho.

p/s = Leaders mmg BEST.hehe. Insha Allah klau dberi kesempatan nk pi Xpert pulak.hehe.

Bahana Merokok 2

Friday, May 29, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Ini adalah sambungan mengenai post Mari Merokok arituh..

The story begins like this....

Once upon a time..
Ana pi kedai Crem(sebelah rumah), ada something nak beli..Sampai kat sana ana cari la barang apa yang ana nak..Bila dah jumpak ana pi la kat cashier dia..Sedang ana nak bayar, tiba2 mai sorang laki ni(tak kenai pon)..Dia mai nak beli rokok..

Lelaki itu : Anneee..Mintak dunhill sekotak..Mau yang gambar budak kecik tau..
Ana pon pelik apsal dia pilih gambar budak..?
Cashier : Boleehhh...(dia pon pi ambik rokok tu..)
Ana pon tertunggu jgk la kedatangan rokok tu..5 second kemudian..
Cashier tu pun hulur kotak rokok.
Ana : Cittt...ingat ka apadia. Rupa2nyer depa pilih gambar apa kat kotak rokok tu..(cakap dalam hati..)

Gambar diatas bukan gambar lelaki didalam cerita ini.Gambar hiasan.


Cashier : Orang slalunya beli yg gambar kaki tu, hang ni plak beli gambar bayi..Awat.?
Lelaki itu : Aku lagi la geli tgk kaki tu..Gambar bayi ni tak la berapa takut sgt..hehe.

Ana tergaman mendengar jawapan lelaki itu..ingat ka nak bertobat, tgk2 siap boleh pilih gambar lagi. Macam nak beli makanan kat RFC je.

The end of my story..


GAMBAR ROKOK ZAMAN SEKARANG..AMACAM, TAKUT TAK..!







Ish3..terok btol la org malaysia ni..Ana yg tak hisap rokok pon geli tgk gambar rokok tu.Depa plak sampai ketagih sgt cacing tu..Tgk org singapore, depa mana boleh hisap rokok..Ana rasa dengan meletakkan gambar akibat merokok tu saja x cukup..Ana rasa lebih berkesan klau kerajaan letak harga Rm 100 sekotak..Tak pon Rm 100 sebatang..! Mesti berkesan punya...hehe.(setahu ana org kata singapore dh cuba cara diatas, dan hasil mmg berkesan)..

Malaysia bila nak buat plak..

Satu lagi, yg ni plak ana terjumpak masa dok carik gambar2 rokok. Ana terbaca salah komen sorang pengunjung blog tersebut.(blog itu terpaksa diblurkan, bg menjaga nama baik blog beliau.hehe.)

KLIK UTK PAPARAN LEBIH JELAS.!



Promosi Movie Ketika Cinta Bertasbih..

Naftahul Post Bil Bismillah..

Baca tak lagi novel Ketika Cinta Bertasbih(KCB)..Komen ana ttg buku tu mmg best la. Mmg patut la klau korang nk beli pon. Kalau tak beli lagi boleh la beli di IQRA BOOKS, Kangar, Perlis.Anda juga boleh melawati blog dibawah ini utk keterangan lebih lanjut.hehe.


Untuk pengetahuan semua, filem Ketika Cinta Bertasbih akan keluar pada 13 Jun tahun ini. Tapi bg org Malaysia mgkin lambat skit sampai.hehe. Bersabarlah skit, Sesungguhnya sabar itu separuh daripada Iman..





Bahana Merokok..?

Sunday, May 03, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..


Kali ni nak post ttg ROKOK plak.hehe.
Alang2 trjumpak iklan ttg bahana merokok. Mmg berhikmah btol cara director iklan ni nasihat para perokok supaya x merokok. Mmmg ana respect la.



But jumlah perokok makin bertambah skang. Mmg sukar nak diredakan, walaupun skang ni depa jual kotak rokok, kat kotak tu depa letak gambar akibat mrokok, geli giler tgk akibat dier. X tau la depa ada perasaan nak berhenti ke tak. Sebab bila depa rokok tu, bkn saja depa ja dpt penyakit, tp orang yg menghidu asap rokokan dia ponw berisiko utk kena pnyakit malahan mgkin lebih truk. Kepada bapak2 perokok, kasihanilah anak anda. Ingatlah orang yang tersayang.(peh..) Marilah sama2 doakan agar para2 perokok sedunia bertobat. Amin Ya Rabbal 'Alamin...
Insha Allah.

Hayatilah!


JANGAK GELAK !

Friday, April 24, 2009

JANGAN GELAK 1:
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang
RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai- ramai!"



JANGAN GELAK 2:
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak...
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."


JANGAN GELAK 3:
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"


JANGAN GELAK 4:
ATUK : KENAPA CU TAK SEPERTI KAWAN SEBAYA CU? TGK KWN² CU..SUME LULUS TINGGI². CU NI ASYIK INTERNET, TV, MAIN BOLA. BILA NAK BELAJAR? BESAR NAK JADI APE??? (marah thp tertinggi smpai nak keluar lava)
CUCU : ATUK NIH ASEK-ASEK BANDINGKAN KTER NGAN KWN² KITE... KTER X MARAH PON ATUK X SAMA SEPERTI KWN² SEBAYA ATUK YANG LAIN...
ATUK : X SAMA APE NYER?
CUCU : YER LA. .KWN² SEBAYE ATUK SUME DAH JD ARWAHKAN??
ATUK : A$B3$T0$!!!! !!


JANGAN GELAK 5:
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan. ..
pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.
Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.
Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di
kampungnya.. . Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya. .. kali ini sebagai Syeikh Arab....
Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."
Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"
Kerana kehairanan yang amat sangat...
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

PilihanRaya Kecik..

Friday, April 10, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerna limpah dan kurnia-Nya ana akhirnya berjaya mengepost post baru stelah sekian lama menyepi.hehe. Maklumlah budak sekolah la katakan.

Post kali adalah PILIHAN RAYA.
haha.kecik dah pandai2 nak terlibat. Tapi x pa la. Bak kata pepatah "Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya.!". Fulamik! Berhikam la plak.



Tapi pilihan raya kali ni x dan la nak tengok keputusan dia kat TV, dok asrama la katakan. Tapi bagos la, dari dapat kot TV. Klau BN menang laju ja habaq. Klau pembangkang menang depa buat slow plak. Tu masalah politik Malaysia.

Cuba usher sekali pilihan raya kat Indon, rilek jer. Afif citer la, kat sana mana2 parti bebas menggunakan media massa, depa x sekat ponw klau pembangkang nak buat rancangan skit(iklan/ dalam TV. Pastu, dah la klau ada debat apa2 slalunyer depa tayang kat TV. Tu yang syok tuh.hehe.Memang ana respect la pilhanraya kat Indon.

Kami(budak asrama) ponw tau keputusan pilihan raya mlalui orang sekeliling. Bukit Gantang ngan Bukit Selambau tu mmg dah bajet dah boleh menang. Tp tang Batang Ai tu payah la skit. Seberang sana, klau nak pi ponw payah, tiket mahal.Disertakan dibawah ni satgi, keputusan PR Bukit Gantang, Perak..

Klik to View Much Better!


Post kali ni ponw x leh la panjang2 sgt. Sebab esok dah skolah(sabtu), sekolah ganti.hehe. Maklumlah nak cuti nanti, berkorbanlah sikit.hoho. Dalam tengah dok usher intenet, terserempak plak dengan seloka pihanraya yang import khas dari Perak, untuk orang Perak.hehe. Fikir-fikirkanlah orang wahai orang Perak..!

Undilah yang benar.!
Yang Benar Tetap Benar !


source!

Orang Bukit Gantang
Jangan salah tatang
Undi bukan sebarang
Jangan ditipu senang

Masuk penjara mudah sahaja
Keluar pun bila-bila suka
Tangis derita dan air mata
Tidak diendah tidak berharga

Nilai jangan sehari dua
Sejarah sesekali jangan dilupa
Adil saksama bukan bahan senda
Sehari buat setahun buat-buat lupa

Manusia dipegang pada janjinya
Parti dinilai pada dasarnya
Manis berkata hanya sandiwara
Kalau ideologi masih serupa

Orang Bukit Gantang
Jangan salah orang
Pangkah terang-terang
Bulan bersinar mengambang.

Kenduri Aisyah - Shah Alam

Tuesday, February 10, 2009

28hb Disember 2008.
Kenduri sebelah lelaki depa buat kat Dewan MBSA, Shah Alam. Kenduri tu buat dalam dewan.



Dari kiri: Pck Kasjoo, Ayah, Abg Rizal, Aisyah, Mcm Hawariah, Ummi.

Potong kek bertingkat 3, macam rumah flat la plak.haha.

4 beradik. Lepas ni sapa plak kawin.hehe.


Nama si mujahid kecil ni, Anas MUZAFFAR..
Nama beliau ni ader nama ana, Wan MUZAFFAr jgk beb.
Tapi ejaan beliau tak pasti la sama ke tak.
Tak dan tanya nama beliau, muzaFFar tu ada dua 'F' ke satu jerk.
Beliau ini adalah anak saudara Abg Rizal.
Bangga btol ader org nama sama ngan kita.hehe.

Lepas makan kita maen dulu.

Amacam hensem tak kiter dua orang..?


p/s - trimas kepada abang saif kerana telah meminjamkan baju melayu beliau, baju tu adalah baju melayu beliau semasa hari perkawinan beliau one upon a time.

Mari Membina Masjid

Monday, February 09, 2009

Selamat Pengantin Baru !
20hb & 28hb Disember 2008

Selamat Pengantin Baru kepada Aisyah dan Abg Rizal. Sori la pengantin, lambat post citer.Tak banyak yang boleh diceritakan, hanya gambar sahaja yang boleh dibekalkan. Kerana ketandusan idea.hehe.Kerana waktu kejadian telah berlalu lebih kurang nak dekat 2 bulan dah.hehe.Akad nikah dengan kenduri kahwin buat sekali, hari sama.



CLICK UNTUK PAPARAN GAMBAR YANG LEBIH JELAS !

Tempat kejadian.Kawasan terhad.hehe.

Dup..Dap..Dup..Dap..!

Sarung Cincin.

Dari kiri: Pck Kasjoo, Mck Hawariah, Abg Rizal, Aisyah, Ayah, Ummi.

Sumer ni ahli keluarga Abg Rizal.

Macam sedap jer kek tu.

Sebelum..

Selepas..

Amacam jauh beza tak. Tengok ler sapa chef dia - Kak Najah ler.hehe. Lepas ni sapa nak tempah kek, boleh la tempah kat kak najah. Promosi2. Lepas ni kak najah kena bg la komisen sikit kat afar.hehe.

Haaa..Yang ni lagi sedap !

Potong Kek.

Hantaran belah ( P )

Banner Kahwin.

Jangan maen2 dengan banner ni, mahai ooo. Ana yang buat sniri tau. Hakcipta kurang terpelihara.hehe. Tapi design drpd denz. Lepas tu abang hantaq kedai, dia tukar trus macam2.hehe. Sapa nak pinjam banner banner ni boleh la hubungi tokey banner ni - Abang Saif.

ISLAM !

Kebetulan plak waktu buat kejer gotong royong pasang khemah tu. Baju yg ana pakai dgn baju yang afif pakai, melambangkan semangat ISLAM.hehe. - pic taken by Abang Long.

Umar !

Saya suka makan ! - Fatimah


p/s - sori sekali lagi kpd Aisyah n Abg Rizal krn lewat post citer kawin hampa.hehe. Lepas kenduri sapa plak.? Kita nantikan.hoho. Next...!!

Save Our Palestine...

Friday, January 16, 2009




VOTE FOR PALESTINE.!
Tunjukkan pada dunia, yang ISRAEL itu KEJAM.

Setakat ni Palestine mendahului.
Tapi hanya dengan jarak yang tidak banyak.
Keputusan di tangan anda..

Nak undi..?
"click here"





Once upon a time...

Tiga orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu dan akhirnya perempuan itu pengsan.

Dia perpusing menghadap dua lelaki yang lain, dan berkata, "Akulah orang yang paling kejam".

Lelaki kedua pantas bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata "tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab "Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Perempuan itu adalah Palestin.
Lelaki pertama ialah Amerika.
Lelaki kedua adalah Israel.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.


Song For Gaza - We Will Not Go Down( Michael Heart)



WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Klau nak download lagu tu.
click here.
Copyright 2009



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Wasiat Pengebom Bali

Thursday, January 15, 2009

Wasiat terakhir pada pengebom Bali sebelum dihukum mati.. Innalilahiwaiinalillahirajiun.. Semoga apa yang diperjuangkan mereka berada di jalan Allah s.w.t. Mari sama2 kita sedekahkan untuk mereka Al-Fatihah..