Arghh..

Friday, December 26, 2008

Geramnyer..

Pasai pa x leh tukaq templates.
Abis rosak blog ni.hehe.

Sori masih dalam pembikinan.
Waduh2..
Gawat ni.

Anyone can help me..?

Lawaks..

Wednesday, December 24, 2008

Berhibur,
tiada salahnya.
kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya,
membuat kita jd bersalah..



LAWAK 1

Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman.
Mereka bernama Amin dan Susan
Susan: “Min, kenapa kau sedih?”
Amin: “Ayahku masuk penjara.”
Susan: “Kenapa?”
Amin: “Ayah pecahkan kaca tingkap…”
Susan: “Hah…pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?”
Amin: “Dia pecahkan tingkap kapal selam.”
Susan: “Patut le…”


LAWAK 2

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. “Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!” bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! “Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?”

“Habis… tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la.”
“HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?”

“Kan kami nie pemain simpanan…”.


LAWAK 3

Pak kasim seorang yg tamak harta.. Dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. Suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim, beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

Setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah.
Seman gelabah, sebab sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.
“yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni”...
“takpe bang, abang ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan..
Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. Setelah pak kasim takbir..
Seman ikut takbir lalu pak kasim membaca surah alfatihah..
“bismillahirrahmanirrahim…”
seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…
“bismillahirrahmanirrahim…”..
aisyh! pelik menantu aku ni. Mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. Getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak kasim pelik.. Lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut
gerak langkah Pak Kasim.
“Ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman. "Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
“Ayah.. Susah ye nak solat maghrib ni. Baru saya tau, sampai kena berlari noh..”


LAWAK 4

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? ( anyone)
Operator : Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: You are talking to someone! Who is this?

Caller: I'm Sam Wan (someone) And I need to talk to Annie Wan! It's urgent..

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's
this urgent matter about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan ( no one ) was
involved in an accident.. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being
sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.

Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then
the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't
have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Lee. (sorry)


LAWAK 5

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas, untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?" tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 tahun , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

Sang Murabbi

Saturday, December 13, 2008


Cerita yang patut anda tonton. Cerita ini berkisar mengenai kegigihan syaikhut tarbiyah dalam membesarkan dakwah ini. Semoga ia menjadi renungan buat kita yang selama ini semakin alpa dan leka dengan dunia yang fana ini.

Filem ini, bersempena memperingati pemergian al-Marhum Ustadz Rahmat Abdullah, murabbi pendukung amal Islami di bumi seberang, Indonesia. Cerita ni sesuai untuk semua peringkat umur. Asalkan dapat menghayati motif cerita ni, iaitu . Ana dah tengok, memang best gilen tahap dewa (hiperbola).



Sapa tak tengok lagi lekas2 la tengok. Tak rugi punya kalau beli. Tapi ana ponw tengok kat skolah. Sebenarnya dah lama dah tengok cerita ni, cuma tak sempat je nak post kat blog ni..

Kalau nak baca sinopsis cerita ni, click this..
Untuk keterangan lanjut, bukak la dia punya website, "Sang Murabbi"..


Izzatul Islam - Sang Murabbi

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..

download

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Monday, December 08, 2008




Selamat Memakan Daging Korban..
10 Zulhijjah 1429..


fuh. best btol makan daging korban.
tapi kalau kita seniri yang buat korban tu mesti lagi sedap dan nikmat, betol tak. Selain tu, dapat la pertambahkan amal kbaikan dan pahala sbb korban tu kan sunnah nabi. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi.
Selain itu, ibadat korban ini memberikan peluang kepada setiap Muslim untuk menyucikan dirinya daripada sebarang penyakit hati dan juga segala dosa yang mungkin melekat di dasar jiwa. Dalam hal ini,

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: Tidaklah anak Adam mengerjakan sesuatu pekerjaan pada hari korban yang lebih dicintai Allah dari mengalirkan darah haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan akan diterima Allah sebelum jatuh di tempat sembelihannya. Maka sucikanlah diri kamu dengan menyembelih haiwan korban. (Hadis riwayat Ibnu Majah & Tirmizi).

~ (copy&paste)


Huraian :

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah :

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar.

Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Lawatan Terakhir '08

Saturday, November 29, 2008

Arghhh...!

gambar in process..loading..?

Lawatan ke Melaka n N9.

Sekolah aku kali buat lawatan ke Melaka n N9 plak kali ni. Aku pon ikut la, lagipon dia khaskan lawatan ini untuk form 3.


Destinasi pertama Istana Seri Menanti. Pastu pi Ulu Bendul, mandi. Awal2 cadangnyer nak mandi kat atas tu.

Tapi bila sampai je sana, tengok maksiat semakin berleluasa. Laki ngan pompuan rapat2, mandi pakai baju ketat, peluk2. Waduh2, berat tu. Kami pon mandi la kat bawah je, kolam..Macam kat Batu Pahat, Perlis la..

Lepas mandi kami p solat sat kat surau dekat tu. Lepas solat kami pon mula jalan meninggalkan Ulu Bendul..

Klimaks cerita ni waktu yasser tiba2 cakap yang kamera dia tertinggal kat surau.(tak suspens ponw).

Nasib baik la abang ipar ustaz shahir boleh tolong try pi ambik. Kalau tak...(tak dapat diungkapkan dengan kata2)..

Esoknyer kami pi apa tau, tak ingat..yang tau ada kapal besaq.

Lepas tu pi Kota Afarz Mosa ataupun lebih dikenali sebagai Afarz Samosa...Tang ni yang buat aku tak puaih hati ni..Aku tak dan melawat kotaku. Tersesat pi tempat len. Silap tangga..Waduh2, habis duit aku.. Bukan senang nak mai melawat Melaka ni.

Next, kami pi Eye On Malaysia. Aku tak lepaskan peluang ni, naik la jgk, sorang 6 ringgit malaysia..Ok la, tp best naik kereta kabel lagi.

Malam tu plak pi Nilai 3, takdak pa ponw kat sana, banyak kedai tutup dah. Yang banyak ponw kedai karpet yang didominasi oleh bangla2.hehe.

After that..

Balik to ourself home..Sampai kat skool lebih kurang pukol 6:30 A.M.


Kesimpulannyer..

BESH, cuma ade la tempat2 yang kureng skit.hehe.

p/s : komen ler.

Daurah 08'

Saturday, November 22, 2008

Wooow. Akhirnya tahun ni aku berjaya tamatkan daurah dengan penoh gilang lagi gemilang. Yang pelik bin ajaib nyer tahun ni aku kurang sikit tidoq berbanding dua tahun lepas...

Dan tahun ni paham lagi banyak from tahun lepas. Dapat la rasakan kenikmatan belajar bahasa arab. Memang untung la pi daurah tahun ni, usatz-ustaz pon bertambah best...

Matapelajaran yang aku paling syiok, Hadis ngan Feqah. Cuma Feqah tu yang buat aku x puas hati tu sbb aku "tak dapat buku Feqah" tu (ada ke patut), kena share plak ngan orang len. Padahal aku dah bayaq untuk sumer tu, ramai gak yang x dapat...

Kot la nak habaq awai2 yang kena bawak buku tu siap-siap(kat rumah aku ade dah buku tu). Tapi pihak sekolah x bagi tau kena bawak mai. Disebabkan tu la penyebabnya aku tak paham matapelajaran tu, x dan tangkap, dah la buku tu kami belajaq smpai abis).

Daurah tahun ni, aku dapat sijil akhirnya, stelah dua tahun tak dapat sbb tak mai abis(kena PPN, tahun ni tak pi). Ada la satu hari tu kami buat perlawanan, tengok sapa tidoq paling last dia lah pemenang (aku,afif, mee, megat,naufal). Aku dapat no. 2 beb. Pengalaman daurah kali ni memang BEST. huhu.

Eid Mubarak..

Friday, November 07, 2008

Selamat Menyambut Eid Mubarak 2008.
Tahun ni balik kampung, perjalanan jauh gilen. Lebih kurang 12 jam.huhu. Tapi takpe, bak kata pepatah "Jauh perjalanan, luas pengalaman".haha.


salam hari raya, dari Wan Muda dan keluarga.


pose belakang masjid kristal (abang is missing)

complete.


sempat gak posing berlatarkan masjid kristal


bergambar bersama Tok Chek


pic with keluarga sebelah umi.


tangkap gambar sakan.hehe.


check-in, hantar aisyah balik Ireland.first time masuk KLIA.huhu

Pencarian Seribu Malam

Saturday, September 27, 2008


“Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan roh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah.

Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud :

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).


Tanda-tanda Kehadiran Lailatul Qadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. yang pernah mengatakan :

"Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini".

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antaranya ialah :

1) Malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram
2) Angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa.
3) Esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Ada apa dengan SEPTEMBER tahun ini.

Friday, September 26, 2008

Ada apa dengan september thn ni.

+ First, 1 September - Kite mula stat pose.
+ 17 September - Nuzaul Quran.
+ 26 September - Hari Jadi aku
- Aku dpt kad raya pertama tahun ni
- Ada cramah Haron Din kt Masjid Sultanah Bahiyah,Kedah (9:30 pm)
+ 20-30 September - Pencarian malam Lailatul Qadar.
+ 30 September - Takbir Raya.

Anyway bg aku la, bulan september tahun ni mmg spesel. Penoh barakah, dtambah lg dgn spanjang september tahun ni, dr awal sampai akhir, tarikh dia sm ngan tarikh bulan Ramadhan. Awal september kita stat posa, akhir september kita abih posa.Hehe.

Amalan Rasulullah S.A.W. Di Bulan Ramadhan

Sunday, August 31, 2008

* Bersahur
Para Ulama' bersepakat bhw sahur itu hukumnya sunat dan tidak berdosa bg org yg mninggalkannya. Rasulullah bersabda "Bersahurlah kamu, kerana sahur itu berkah"

* Segera Berbuka
Disunatkan menyegerakan berbuka ketika waktu Maghrib. Rasulullah bersabda "Manusia sentiasa dlm kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka."

* Solat Malam(Solat Tarawikh & Witir)
Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang solat(malam) Ramadhan dgn dasar iman dan mengharapkan redha Allah, maka akan diampuni dosanya yang lalu."

* Bertadarus Al-Quran
Apabila tiba bln Ramadhan, Rasulullah S.A.W memperbanyakkan tadarus. Di bulan Ramadhan juga, pahala akan dilipatgandakan sebanyak 70 kali ganda.

Mengingati Sejarah Isra' dan Mikraj

Wednesday, July 30, 2008

30 Julai : 27 Rejab 1429
Sejarah Isra' dan Mikraj
" 27 Rejab "

Salah satu peristiwa besar dalam sejarah Islam terjadi dalam bulan Rejab, iaitu mukjizat Isra' dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah yang amat mendengar lagi maha mengetahui." (Al-Isra': 1 )


Berdasarkan ayat itu, ulama sependapat bahawa Isra' Mikraj terjadi terhadap Rasulullah SAW adalah dengan roh dan jasad walaupun ada mendakwa kejadian itu berlaku dengan roh saja. Isra' bererti berjalan di malam hari dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Mikraj pula bererti diangkat ke alam ghaib melalui langit yang berlapis-lapis dengan keizinan Allah SWT.


Jalan Cerita Mengenai Isra' Mikraj.

Isra'
PERJALANAN Isra' bererti berjalan di malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin). Ketika Rasulullah SAW di Isra'kan pada malam itu, baginda terlebih dahulu mengalami pembedahan dada, dilakukan oleh Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran dan diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dkembalikan semula.

Mikraj
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Dengan kendaraan dinamakan 'Buraq', Rasulullah ke Baitulmaqdis dan di Masjidil Aqsa, Rasulullah mengerjakan solat 2 rakaat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis minuman khamar (khamr dalam bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang memabukkan, dalam konteks ni merujuk kepada air yg memabukkan) dan susu. Lantas Baginda memilih susu. Jibril berkata:

"Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras niscaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau."

Ketika Mikraj, Rasulullah menempuh perjalanan melalui tujuh lapis langit ditemani oleh Jibril. Langit pertama dimuliai oleh Adam, langit kedua Nabi Yahya dan Isa, langit ketiga Nabi Yusuf, langit keempat Nabi Idris, langit kelima Nabi Harun, langit keenam Nabi Musa dan langit ketujuh Nabi Ibrahim di Baitul Makmur. Malah ditempat lebih tinggi dari langit ketujuh itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk Baginda dan umatnya,yaitu mengerjakan solat.Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas nabi Musa menasihatkan Rasulullah supaya meminta dikurangkan kerana ia percaya umat Nabi Muhammad tidak akan berdaya melakukannya ,akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja. Selepas perintah solat itu, Rasulullah kembali kedunia dan tiba di Makkah ketika subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik kelangit dan lebih tinggi sebelum menerima perintah solat.


Peristiwa Ketika Isra' Mikraj.

Menerusi peristiwa Isra' Mikraj kita diceritakan berbagai kisah yang dilihat oleh Rasulullah. Hadis At-Tabrani dan Al-Bazar menjelaskan Rasulullah melihat:

1. Satu kaum yang bercucuk tanam dan menuai hasil pada hari yang sama (menanam, menuai dan kemudian mengeluarkan hasil).Mereka ialah orang yang berbelanja Fisabilillah yang menerima ganjaran yang besar di sisi Allah hingga 700 kali ganda.

2. Kaum yang menghempap kepala kebatu kemudian pecah berkecai, ia bercantum semula.Meraka adalah kaum yang malas mengerjakan solat fardu. Contohnya, bila sakit tinggal solat, ada masa buat, tak ada masa tak buat, bila berjalan jauh tinggal solat, sibuk bekerja tinggal solat, kenduri tinggal solat, bila berlaku kematian tinggal solat dengan alasan sibuk dan sebagainya.

3. Kaum yang berpakaian koyak di hadapan dan belakang, makan pohon yang berduri, daun yang pahit dan batu-batu Jahannam. Mereka adalah kaum yang tidak membayar zakat.

4. Kaum yang ditangan ada daging busuk dan baik , kemudian mereka memilih yang busuk adalah kaum yang ada isteri atau suami tapi suka berzina dengan orang lain.

5. Kaum yang kumpul kayu besar dan tak larat mamikulnya tetapi ditambah lagi.Mereka adalah kaum yang suka ambil amanah tapi tak menunaikannya.

6. Kaum yang menggunting bibir mulut mereka. Mereka adalah orang yang suka sambung fitnah atau menambah.

7. Ditunjukkan juga syurga yang tidak dapat digambarkan keindahannya.

8. Ditunjukkan juga lembah neraka yang busuk.

Ibah hepi wit Tasneem

Sunday, July 27, 2008

Umur Tasneem skang dah 38 hari.
Hari ke-18


Ibah wit Tasneem.

Outlandish

New album : Outlandish - Closer Than Veins(2005).



Barisan penasyid.





*Outlandish - Aicha
vid : click

So sweet, so beautiful
Everyday like a queen on her throne
Don't nobody knows how she feels
Aicha, Lady one day it will be real

She moves, she moves like a breeze
I swear I can't get her out of my dreams
To have her shining right here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes

[Chorus:]
Aicha Aicha - passing me by (there she goes again)
Aicha Aicha - my my my (is it really real)
Aicha Aicha - smile for me now
Aicha Aicha - in my life

She holds her child to her heart
Makes her feel like she is blessed from above
Falls asleep underneath her sweet tears
Her lullaby fades away with his fears

She needs somebody to lean on
Someone body, mind & soul
To take her hand, to take her world
And show her the time of her life, so true
Throw the pain away for good
No more contemplating boo

Lord knows the way she feels
Everyday in his name she begins
To have her shining right here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes
Aicha Aicha - ecoute moi



*Outlandish - Look Into My Eyes
vid 1 : click
vid 2 : click

Look into my eyes
Tell me what ya see
U don't see a damn thing
Cuz u can't relate to me

U blinded by our differences
My life makes no sense to u
I'm the persecuted one
U the red, white and blue

Each day u wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thankin' God He let me rise

Ya worry 'bout your education
And the bills u have to pay
I worry 'bout my vulnerable life
And if I'll survive another day

Ya biggest fear is getting a ticket
As ya cruise your Cadillac
My fear is that the tank that's just left
Will turn around and come back

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

See I've known terror for quite some times
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the check point on my way to school

Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother

The bulldozers and the tanks
The gasses and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds

You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
And I'm the terrorist

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

American do ya realize
That the taxes that u pay
Feed the forces that traumatize
My every living day

So if I won't be here tomorrow
It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

p/s : lagu ni dah lama cuma baru dpt dkesan.hehe.?

Tasneem Sofiyya

Lama x kemas kini blog ni. Skang bru ade mase nak update. Gambar Tasneem pun x banyak sgt sbb kamera pun takde, dah rosak). abg ade la tp masalah bateri masih berlanjutan. bateri slalu rosak(kurang kualiti).hehe.?

3 Jun 2008 (due 4 Jun 2008), Jitra, Kedah - Pada pukul 10.35 pagi, lahirlah seorang babygirl di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah yg sberat 3.35kg. Tak dan tengok lama2 sgt sbb nak p asrama.dan tengok kat umah wktu hari minggu je.lg pun x nak la kacau kak najah, mungkin masih letih.hehe.?


Tempat Kejadian.


I am Gurlz.


Day 3

PRU 12

Saturday, March 08, 2008









DUN yang paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yang paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yang paling panas, DUN Pedas
DUN yang paling miskin, DUN Sekupang
DUN yang paling muda, DUN Sri Muda
DUN yang paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yang kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yang banyak hantu, DUN Pucong
DUN yang ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yang banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yang paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN yang kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yang banyak hantu, DUN Pucong
DUN yang ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yang banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yang paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody..
Keh..Keh..Keh..


p/s : panton ni jmpa tepik sungai je.hehe.?

Happy 2008 !

Tuesday, January 01, 2008

Image Hosted by ImageShack.us
Happy New Year !