Totally Nice Video...

Monday, February 15, 2010

Naftahul Post Bil Bismillah..

Berfatwalah dengan hati yang BERSIH.

Naftahul Post Bil Bismillah..

Dan berfatwalah pada hati nuranimu. Karena jika kita senantiasa membersihkan hati dengan taqwa, maka hati kita akan senantiasa menuntun kita pada jalan yang lurus. Sebab pancaran cahaya Allah telah menjadi sumber cahaya di hati.
Rujuk surah An-Nuur, ayat 35-36, surah As-Syams, ayat 7-8.

Luqman berwasiat kepada putranya, “Wahai anakku, duduklah bersama para ulama, dekatilah mereka dengan kedua lututmu. Sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati dengan pelita “hikmah” sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang gersang dengan air hujan.” (Riwayat Imam Malik dalam Al-Muwaththa’ 2: 1002).


Takwa mendatangkan cahaya di dalam hati sehingga mampu membedakan antara yang hak dan yang batil

Allah SWT berfirman,

“ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kalian bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan furqan (kemampuan membedakan antara yang hak dan yang batil) kepada kalian dan menghapus segala kesalahan kalian.” (Al-Anfal [8] : 29).


“ Dan bertakwalah kalian kepada Allah, dan Allah akan memberikan pengajaran kepada kalian.” (Al-Baqarah [2] : 282).

Business, business......

Naftahul Post Bil Bismillah..

Terdapat sebuah riwayat menyatakan bahawa, 9/10 rezeki adalah dalam PERNIAGAAN!


Haha. Post kali ni penoh ngan ADVERTISEMENT-ADVERTISEMENT dari perniagaan-perniagaan WAN's family.haha. Saja nak iklan depa punya site untuk ditotoni pengungjung sekalian yang ada yang rasa cam nak beli tshirt ke, minyak wangi ka, lapaq cake ka, nak baca quran berserta terjemahan ka, kekurangan bahan bacaan ka? Haaaaaa. Sumer tu boleh didapati dibawah.

Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah :
1) T-Shirt (pompuan je kot)
2) Quran berbagai bentuk n kaler (ader terjemahan/tajwid,etc.)
3) Buku *macam2! (bahan bacaan)
4) Minyak Wangi (OneDrop) - Saper rase badan dia busuk, ni la jalan penyelasaiannya.
5) Order Some CAKE? (Besday/sajer2, lapaq kot)

Pilih la mana2 kat bawah tu.huhu.


http://www.tshirtlabuhmuslimah.com/



http://www.quranonline2u.com/



http://www.bukuonline2u.com/



http://www.gifts-shoppe.blogspot.com/



http://www.najahbakery.blogspot.com/

Kari Kepala Tikus

Sunday, February 14, 2010

Naftahul Post Bil Bismillah..

Sebelum ni terdengar desas-desus mngatakan ada orang jumpak tikus dalam kari. Eeeeee. Loqlaqnya btul restoran tuh. Dah la kat perlis plak tu, dan yang pentingnya aku pernah makan kat kedai tu selama ni. Diselitkan kat bawah coretan dari Sinar Harian. Klik sinar harian untuk baca direct ke SH berserta gambarnya (just for sesiapa yang berani shj, saper ada sakit jantung xleh tengok).. Nama restoran tu aku tau tp xleh bgtau la, aib restoran tu nanti.

Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan.

Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu.

Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus.

Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia mengambil ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuah restoran untuk dimakan bersama nasi manakala roti canai sudah dimakan tiga adiknya.

Katanya, dia membeli tiga keping roti canai bernilai RM2.40 di restoran berkenaan dan melihat kuah kari di dalam periuk hampir habis.

“Pekerja terbabit mencedok seketul daging berserta kuah sebelum dibungkus bersama roti canai. Saya menjangka mendapat bonus seketul daging kerana selalunya pekerja memberi kuah untuk roti canai,” katanya.

Menurutnya, tiga adiknya berumur 12 hingga 16 tahun begitu berselera menikmati tiga keping roti canai dengan mencicah gulai berkenaan manakala seketul daging dibiarkan kepadanya untuk dimakan bersama nasi.

“Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah.

Perkara itu dimaklumkan kepada tiga beradik yang lain sebelum ketiga-tiga mereka juga menghadapi sindrom sama.

“Sehingga sekarang, kami berempat begitu fobia melihat gulai daging selepas termakan gulai tikus dari restoran berkenaan,” katanya dari Taman Sena Indah, di sini, semalam.

Mohd Shafiq yang merupakan lepasan sebuah kolej swasta berkata, dia terus memaklumkan kepada bapanya sebelum kedua beranak terbabit membawa ketulan tikus terbabit kepada Bahagian Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Perlis, pada keesokan harinya.

Menurutnya, pegawai bahagian terbabit mengesahkan gulai daging berkenaan adalah tikus dan dia bertindak melaporkan perkara terbabit kepada penguat kuasa pengguna Perlis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan restoran terbabit pernah dikenakan tindakan, termasuk notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan kerana gagal mencapai tahap kebersihan ditetapkan.

Shafiq tidak menolak kemungkinan ramai lagi pelanggan tidak menyedari sudah menikmati kuah kari bangkai tikus yang disediakan restoran itu. -SH

Kauthar Hana (late post)

Naftahul Post Bil Bismillah..


Fuh..
Setelah sekian lama nak UPDET, tp tak terUPDET.haha. Sian kak najah, dok tunggu orang post gamba anak dia.haha. Sori la lambat sket. Ader masalah peribadi skit. Inilah masa yang dtunggu2. Klahiran yang ke-3 bg abg saif n kak najah. Ni lah anak sedare-ku yang ke 6 selepas Aisyah Humaira. Tahniah to abg saif nd family.

Biodatanya seperti berikut:
Nama diberi : Kauthar Hana
Umur : belom dkenalpasti
Kebolehan : Menangis,minum susu.haha.
Hobi : Tidoq
Nama bapa : Wan Saifuddin b Wan Muda
Nama emak : Najah Farahin bt Faisol.