banjir...

Sunday, December 18, 2005

Sedikit berita keadaan banjir di Perlis. Alhamdulillah kaedaan banjir di Perlis lebih baik berbanding petang Sabtu dan Ahad lepas. Tetapi keadaan masih tidak menenangkan kami kerana ketiadaan bekalan air dan elektrik di kebanyakan kawasan. Perhubungan di antara Kangar dan Arau masih terputus kerana air masih lagi berada di atas jalan raya.Di sini saya ingin menceritakan musibah yang menimpa YDP Kangar (mantan YDP Perlis 2003-2005), akh Mohamed Radzi Abdul Wahab. Saya akan perincikan ceritanya. Tengah hari Sabtu 17 Disember, beliau memulakan perjalanan dari Segamat, Johor membawa pulang saya yang tamat mengikuti program English In Camp dan Kem Remaja Perkasa di Kersani Training Centre.Awal pagi Ahad saya sampai di Perlis melalui jalan Alor Star-Simpang Empat-Kangar. Setelah menghantar anak Dr Rushami Zien (YDP Perlis) di Kubang Gajah beliau terus menghala ke Arau untuk menghantar saya di Arau. Selepas melintas lintasan kereta api di Batas Liku, (lebih kurang jam 1:30 pagi Ahad) dan mengharungi banjir yang airnya semakin naik, Toyota Innovanya terbabas ke dalam parit. Beliau, 2 anak perempuannya beserta saya n Aqis terpaksa bermalam di salah sebuah rumah 2-tingkat di tepi jalan (rumah tu telah dinaiki air).Shahidan bagi kami makan KFC..Sedup beb.. Ketika bapak saya menjemput saya pada jam 9:30 pagi; setelah mengharungi air sedalam 1.0 meter, MPV di tepi jalan masih ditenggelami air sehingga ke paras tempat duduk penumpang.Pak Cik Radzi kembali jam 12:00 tgh hari ke lokasi di Batas Liku untuk mendapatkan bantuan menarik MPVnya ke tempat yang lebih selamat. Toyota melalui khidmat Auto Assistnya enggan memberi bantuan. Selang tidak berapa lama, dengan pergerakan bas dan lori yang lalu lintas dan dengan tempias air terus menenggelamkan MPV ke dalam parit.MPV beliau masih lagi di worksop dan akan dihantar ke Toyota Service Centre di Alor Star (Perlis tak ada pusat servis). Mungkin enjinnya kena overhaul dan sudah tentu tinggi kosnya. Oleh yang demikian, saya bagi pihak JIM Negeri Perlis memohon bantuan dan ihsan untuk menghulurkan derma bagi meringankan bebanan yang menimpa Pak Cik Radzi.Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tetuan Pertubuhan JIM Negeri Perlis di Bank Islam Malaysia BerhadAkaun 09 - 010 - 01000777 - 2.Slip deposit boleh difaks ke Pejabat JIM Negeri Perlis 04 986 7729atau SMS ke 019 480 2743 (Wan Muda).
Hari terakhir di Kersani...Babai Kersani..Saya balik ngan Pak cik Radzi..

Mega Multimedia..

Friday, December 16, 2005

Bangun lambat gak,7.00..Pagi ni kami sambung balik presentation haritu yang tak sempat habis hari tuh..Petang tu bebas nak buat hape pun tak pe..Malam tu tengok MegaMultimedia....Gambar aktiviti yang kami lakukan

War Game

Thursday, December 15, 2005

Hari ni bangun awal la sket. dari semalam, pukul 6.30 tapi teruk lagi lerr..Pagi tu ada war game ..Syok gak ..Senjatanya belon air..Kumpulan saya, 4 bergabung dengan kumpulan 7..Ada tiga ankatan tentera : 1) Byzantium ( Saya ) 2) Salahuddin ( Juara ) 3) Al-Qaeda ( Loser ) 4) Osamaniah ( Yes & No ) Kumpulan kitorang dapat nombor 3..Kumpulan kami, Byzantium, ditawan oleh Osamaniah.Osmaniah ditawan oleh Salahuddin..Al-Qaeda awal x2 sekali kena tawan..Ditawan oleh Salahuddin..Yang KRP lak keno gi ngantor pamplet (DAKWAH) kat orang di Pekan Segamat..Malam tu setiap kumpulan KRP kena citekan pengalaman mereka..Lawak.giler..

Giler babeng..

Wednesday, December 14, 2005

Bangun lambat giler, pukul 7.20..Kena semayang kat office je lah..Petang tu mandi kat Sungai Kepeh..Malam tu lak tengok cite pasal kuda liar..dan tuannya tertinggal lak..Cite tu paling syok sepangjang dok kat Kersani..

Cheseee...

Petang ni kami bergambar bersama kumpulan masing x2 ..Pukul 11.00 kami bertolak ke bawah..Turun bawah tak lama sangat sebab barang x2 kami diangkut oleh sebuah keta..Sampailah kami kat bawah..Lebih kurang 5 minit bas pun datang..Malam tu kat Kersani tengok cite pasal bush.

Harta Karun

Tuesday, December 13, 2005

Macam biasa tapi pagi ni ada aktiviti "TREASURE HUNT"..Kumpulan saya hanya berjaya mengumpul mata sebanyak 260 mata..Siannyer..Malm tu lak wakil dari setiap qabeelah kena bentangkan pamplet masing x2..

Sunday, December 11, 2005

Hari bangun lambat gak, pukul 6.20.Pagi tu senaman pagi dibatalkan kerana ramai yang datang lambat..Tunggu sampai 1jam baru semua cukup..Denda dia semua orang kena buat tepuk lalat / tepuk bintang..Mula x2 kena buat 20 pas tu dia naik 30 pas tu naik lagi 30 dan naik lagi 40 kemudian dia naik lagi 50..Jadi kami buat tepuk lalat sebanyak 170 tepuk lalat / tepuk bintang.Ketua pulak kena pamping sampai semua orang datang...Penat giler..Dari tengah hari sampai petang tu lak ada perjumpaan ngan ahli x2 kabilah masing x2..Saya qabeelah *DURBAH*..Kami berkumpul di dewan terbuka..Kakak saya kena buat pampletMalam tu Pak Long buat muhasabah kat kami ..Semua terkesima..Lalu terus nangis,termasuklah saya..Ehh..Ehhh..Gelak pulak...

Has bersambung..

Saturday, December 10, 2005

Penat giler.Turun naik,turun naik bile nak pi makan sebab tapak perkhemahan ngan tempat makan jauh danada banyak tangga.Yang gemuk boleh bertukar jadik kurus..Yang kurus tu jadi ikan kering terus ler..Pukul 8.30 lak depa buat aktiviti yang dinamakan "ExploreRace. Kumpulan saye,4 English In Camp (EIC)bergabung ngan kumpulan 4 Kem Remaja Perkasa (KRP)..Untuk menang kena dapatkan tandatangan dari setiapcheckpoint..Semua ada 10 Checkpoint...Checpoint paling susah checkpoint kat Puncak Mahligai...dia suruh kami bilang anak tangga dari sini sampai singboard yang tulis 'Puncak Mahligai'...Jawapan nyer...290...Penat giler.Cari punyalah cari akhirnya kumpula kami telah dinobat sebagai "JUARA"Malam tutengok cite The Massage yang tak habis hari tu.

To be continued..

Macam biasa tapi pagi ni ,pukul 8.30 kami naik bas pi Legenda,Gunung Ledang..Yang penat sekali kena jalan kaki nak naik kat tempat nyer (kaki bukit)..Penat gilerrr...Abang tu kata kami telah berjalan sejauh 3 kilometer ...Tengah hari tu kami dirikan khemah lepas tu abang bagi relax ..Nak mandi ke sungai ke, nak tido ke nak buat hape pun tak pe...Malm tu tengok cite Kingdom Of Heaven..

Bersambung..

Friday, December 09, 2005

Hari ini bangun awal skett, pukul 5.00 dah bangun.Pukul 8.30 depa buat kuiz tentang cite semalam.Malam tu lak tengok cite 'The Message'..Nabi ngan wahyunya..Cite gambaq betul not katun.....Tapi tak habis.Nersambung..

Bermulalah sebuah pengembaraan...

Thursday, December 08, 2005

Sampai kat kersani.Makan tengahari di rumah Pak Long berlaukkan labu, ikan kering...Sedap gilerr..Pas tu buat aktiviti yang diberi nama 'Young Sciencetist' mengenai rasa, bau, sentuh dan banyak lagi.Petang tu pi mandi kat Sungai Kepeh...Makan malam tu lambat skett. Mlam pulak tengokcite pasal nabi musa.Pas tu tido ler buat hape gi...

Pelik bin Ajaib

Friday, December 02, 2005

Saya pelik sangat...Napeee semua mekanik semua kalau pakai seluar mesti ada yang koyak ???? Nak berlagak or nak tunjuk macho??? Hek elleh! Tak malu ke ??? Tunjuk aurat kat orang ???? Berdosa besar sesangat kepada org yang membuka aurat di khalayak ramai tau! Muka diorang mesti tebal sebab tak maluuu...Orang tengok bukan nak puji tapi mengutuk lagi adalerrrr.....Ha..ha..ha..ha..See you next day....
CHicken Little