No Delay

Friday, March 19, 2010

Naftahul Post Bil Bismillah..

satgi aku buat.
sikit je lg ni.
sat.sat.


Inilah antara ayat-ayat kencang yang sering kita tuturkan dalam kehidupan seharian kita.ia macam dah jadi kebiasaan bg kita.sdgkan ayat-ayat macam ni sememangnya x bagos utk diamalkan dlm khidupan kita sbgai seorang muslim.

Ayat-ayat macam ni la yang akan membawa kepada TANGGUH, lalu akan mengakibatkan TAK JADI(xbuat).tp tanguh ni,dlm hidop kita ni mcm dah aur ngan tebing.sukar dpisahkan kerana kita dok asyik mengulangi sikap ini stiap kali diberi apa-apa arahan atau tugas. Benda yang kalau kita dok asyik buat akan menjadi tabiat dlm hidop kita.

Ucapan yang disebut secara terus-menerus, nanti akan menjadi perbuatan. Perbuatan yang terus menerus dilakukan akan menjadi kebiasaan. Kebiasaan yang terus menerus,nantinya akan menjadi tabiat.Tabiat akan menjadi karakter.Karakter yang ters menerus akan menghasilkan diri kita sekarang.


Oleh itu, sebab tulah tabiat tu macam dh jd besa dalam hidop kita. Jadi mulai sekarang kita(termasukalah diri saya ini) kenalah berusaha membasmi kuman TANGGUH ni.kalau x kuman ini akan merebak dan akan mengakibatkan macam2 mudhorat lg.

Dalam hadis 40 ada sebut :

Iza amsaita fala tantazhir alsobah, wa iza asbahta fala tantazhir almasaa', wa huz min sihhatik limarodhik, wamin hayatik limautik - hadis riwayat bukhari.

Maksudnya : Apabila kamu berada di waktu petang,usahlah menunggu waktu pagi. Dan apabila kamu berada di waktu pagi, usahlah mengunggu waktu petang. Dan gunakanlah masa sihatmu sebelum masa sakitmu, dan masa hidupmu sebelum masa matimu.


Konklusinya, pahamlah kita bahawa Nabi S.A.W sendiri menyuruh umatnya agar tidak menangguh-nangguh stiap amal yang boleh dibuat waktu tu jugak.no delay-delay.