PilihanRaya Kecik..

Friday, April 10, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerna limpah dan kurnia-Nya ana akhirnya berjaya mengepost post baru stelah sekian lama menyepi.hehe. Maklumlah budak sekolah la katakan.

Post kali adalah PILIHAN RAYA.
haha.kecik dah pandai2 nak terlibat. Tapi x pa la. Bak kata pepatah "Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya.!". Fulamik! Berhikam la plak.



Tapi pilihan raya kali ni x dan la nak tengok keputusan dia kat TV, dok asrama la katakan. Tapi bagos la, dari dapat kot TV. Klau BN menang laju ja habaq. Klau pembangkang menang depa buat slow plak. Tu masalah politik Malaysia.

Cuba usher sekali pilihan raya kat Indon, rilek jer. Afif citer la, kat sana mana2 parti bebas menggunakan media massa, depa x sekat ponw klau pembangkang nak buat rancangan skit(iklan/ dalam TV. Pastu, dah la klau ada debat apa2 slalunyer depa tayang kat TV. Tu yang syok tuh.hehe.Memang ana respect la pilhanraya kat Indon.

Kami(budak asrama) ponw tau keputusan pilihan raya mlalui orang sekeliling. Bukit Gantang ngan Bukit Selambau tu mmg dah bajet dah boleh menang. Tp tang Batang Ai tu payah la skit. Seberang sana, klau nak pi ponw payah, tiket mahal.Disertakan dibawah ni satgi, keputusan PR Bukit Gantang, Perak..

Klik to View Much Better!


Post kali ni ponw x leh la panjang2 sgt. Sebab esok dah skolah(sabtu), sekolah ganti.hehe. Maklumlah nak cuti nanti, berkorbanlah sikit.hoho. Dalam tengah dok usher intenet, terserempak plak dengan seloka pihanraya yang import khas dari Perak, untuk orang Perak.hehe. Fikir-fikirkanlah orang wahai orang Perak..!

Undilah yang benar.!
Yang Benar Tetap Benar !


source!

Orang Bukit Gantang
Jangan salah tatang
Undi bukan sebarang
Jangan ditipu senang

Masuk penjara mudah sahaja
Keluar pun bila-bila suka
Tangis derita dan air mata
Tidak diendah tidak berharga

Nilai jangan sehari dua
Sejarah sesekali jangan dilupa
Adil saksama bukan bahan senda
Sehari buat setahun buat-buat lupa

Manusia dipegang pada janjinya
Parti dinilai pada dasarnya
Manis berkata hanya sandiwara
Kalau ideologi masih serupa

Orang Bukit Gantang
Jangan salah orang
Pangkah terang-terang
Bulan bersinar mengambang.

4 comments:

AfarZ said...

alhamdulillah..
kita menang lagi.
ini semua kuasa Allah..!

roadsinger said...

salam...menang2..sg. korok menang!!

John Doe said...

salamz!!
hahaha..
sg korok!!
anyway..Nizar still from perak
hehehe..

AfarZ said...

takpe2..
kita tggu penanti plak.
tgk sp mng lg.
insha allah.