Lawaks..

Wednesday, December 24, 2008

Berhibur,
tiada salahnya.
kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya,
membuat kita jd bersalah..



LAWAK 1

Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman.
Mereka bernama Amin dan Susan
Susan: “Min, kenapa kau sedih?”
Amin: “Ayahku masuk penjara.”
Susan: “Kenapa?”
Amin: “Ayah pecahkan kaca tingkap…”
Susan: “Hah…pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?”
Amin: “Dia pecahkan tingkap kapal selam.”
Susan: “Patut le…”


LAWAK 2

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. “Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!” bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! “Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?”

“Habis… tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la.”
“HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?”

“Kan kami nie pemain simpanan…”.


LAWAK 3

Pak kasim seorang yg tamak harta.. Dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. Suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim, beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

Setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah.
Seman gelabah, sebab sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.
“yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni”...
“takpe bang, abang ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan..
Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. Setelah pak kasim takbir..
Seman ikut takbir lalu pak kasim membaca surah alfatihah..
“bismillahirrahmanirrahim…”
seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…
“bismillahirrahmanirrahim…”..
aisyh! pelik menantu aku ni. Mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. Getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak kasim pelik.. Lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut
gerak langkah Pak Kasim.
“Ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman. "Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
“Ayah.. Susah ye nak solat maghrib ni. Baru saya tau, sampai kena berlari noh..”


LAWAK 4

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? ( anyone)
Operator : Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: You are talking to someone! Who is this?

Caller: I'm Sam Wan (someone) And I need to talk to Annie Wan! It's urgent..

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's
this urgent matter about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan ( no one ) was
involved in an accident.. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being
sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.

Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then
the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't
have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Lee. (sorry)


LAWAK 5

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas, untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?" tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 tahun , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

4 comments:

ibnu kamal said...

Hu..hu..hu.. Sakit perut ana baca citer2 ni. Best gile!!Tahniah...

Akuh ;] said...

hahahaha..

lawak gilee arr..


Saw lee..


waai..


SAM WAn ang komen laa plak blog aku..

or try penoh kn ape yg kosong ekk

AfarZ said...

ok..
jap jap..
nak gelak bg habis lu.
hahaha.

Akuh ;] said...

wann..
aku cil0k ekk..
lawak k0 nie..