Macam-macam ada...

Wednesday, January 11, 2006

kerusi...



Sepi Sebuah Kerusi

Titi ini terus menjadi saksi
betapa sepinya sebuah kerusi
tanpa penghuni yang sudi
duduk dan menghampiri
ini adalah lukisan realiti
tatkala hati sendirian dicengkam sepi
tiada insan yang menemani
usah gundah-gundala
wahai diri yang sepi
kerana allah sentiasa
di sampingmu memerhati
lantas kau gunakanlah waktu itu
membasahkan lidah dengan
zikir dan tasbih tanpa henti
hakikatnya Dia amat Tahu
apa yang sedang
bergejolak dalam hati.

.. tinkap ..



Di Sebalik Jendela

Jendela tua ini warisan silam
dahulu disini pernah tersimpul
angan-angan dan harapan
yang dikhayalkan sambil
tangan menongkat dagu
sepasang mata bundarredap tersipu malu
dilempar si gadis ke tengah laman
kerana disitu si teruna berdiri
sambil mata melirik penuh rindu
hari ini jendela sudah semakin tua
seperti bertambahnya
usia si gadis dan teruna
terus memandang ke luar jendela
dalam himbauan nostalgia
musim bunga
yang kian jauh
meninggalkan mereka
kini menjadi penghuni senja
tatkala daun jendela mula ditutup
sesuai waktu berlalu pergi
inilah takdir Ilahi buat
sepasang jendela tua
yang dulu pernah mengukir cinta
lantas kini sudah usang
dimamah hari
dan senja pun melabuhkan tirainya.

.. Rimau ..

Kawanan Raja Hilang Takhta

Aku adalah kawanan raja rimba
semakin terpinggir akibat hilang takhta
rimba bukan lagi syurga kediaman
tapi neraka hambatan manusia
insan sudah kian hilang pertimbangan
merosak menceroboh sewenang-wenang
tak kira di mana berada
belantara adalah kerajaan milik kami
andai bahagia sudah sirna di sana
ke mana gerangan takhta didirikan ????

0 comments: