LEADeRs

Sunday, June 07, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Pergh..
Cuti penggal kali ini tlh diputus2kn mnjd smiggu jerk.huhu, sedey gler.Org br nak mula relek buang stress dh kna mai skool awai2. Jihad la katakan.

Cuti kali jalan2 je byk.hehe. Balik skolah je, dh kna pack brg nk pi KL, hntar kakak gi AirPort;3hb(wktu ni ada kt leaders). Awal2 smpai KL, mcm besa la, check in rumh ttamu UPM-sedey gler, asik dpt bilik yg samer je bla nk dok situ; tgkt 4D.

Keesokannyer plak pi Johor;visits Sumah(adik ayah). Tidor sn smalaman.hehe. Esok tngah hari, balik KL plak. Dok UPM jgk. Bilik ponw dpt yg sama jgk;4D.hehe. Malam tu ummi jumpak kawan lama ummi, tak jumpa sejak habis skolah menengah dulu2.hehe.

Esok plak bermulalah tajuk post kali ni.hehe. Teruskan membaca dgn menghubungi kami di talian READ MORE..



Esok plak pgi Skolah Agama Adni, LEADeRs. Ana adalah satu2nya wakil Perlis.hehe. Berat tanggungjawab tu.

Awal2 program, kner nanyi lagu tema. Lagu tema x igt la. Tp ada la perkataan keadilan tu.hehe. Program pertama adalah MISSION IMPOSSIBLE. Kna bwat jambatan mggunakan kad manila 4 kpg, sgulung seletep, dan pisau satu. bwat la ikut citarasa stiap kumpulan. Kumpulan ana bwat jmbatan plg laen dgn org laen. SS(syok sniri) la plak.hehe. Awai2 tu kmpulan km mmg tatau nk bwat camner. Sumer org tadek idea, nasib baik la ada sorang abg fasi tu dia bg cdangan.tanx bro.

Malam tu plak kami kna kendalikan sniri sbuah Karnival Bebaskan Al-aqsa. Gawat oo masa tu, sebok giler. Maklumlah YB nak datang.hehe. Stiap kumpulan kna sdiakan satu booth dan tajuk dberikan. Our team dpt tajuk Kedudukan Masjid Al-Aqsa. Nasib baek la diorang bg buku Masjid Al-Aqsa Dlm Bahaya; hasil karangan Dr Hafidzi Mohd Noor.hehe.

Esok plak pihak pengurus kata akan pi sungai pkol 8.30, tp akhirnya lbh krg nk dkt pkol 12 br bertolak. Maklumlah manusia mrancang, Allah yg mnentukan..Sblm pi sungai, kami ada prgram OKB; Orang Kaya Bertaqwa. Kami dberikan stiap kumpulan berlainan jenis hanger, dan kami kena present kat depan utk tarik planggan kami; 2 org juri professional, sorang tu muka sbijik mcm Chef Wan. Ops,sorry. Dalam program tu kami dpt markah plg tinggi.Bangga team sniri plak.hehe.

Kt sungai, stiap org dikehendaki mngisi 7plastik kecil dgn batu, berat pergh, dh la kna usung spanjng rentas sungai tu.Mlm tu plak ada program Mansuhkan ISA, smangat oo time tu. Ayat yang paling karen dlm program tu "I want a lawyer", hehe..

Esok plak ada satu program tu, besh habis = by Abang Auzan. Dia bg ceramah ttg the road to succes. Yg plg best tang video2 yg dia bkk sebagai selingan dia pnya cramah, antaranya see under :



Lps tu plak, lps bahagi2 hadiah2, kami pon salam beramai2. Insha Allah klau masih hidup, insha allah kita jumpak lagik.hehe. Lepas tu apelagi balik la plak.hoho.

p/s = Leaders mmg BEST.hehe. Insha Allah klau dberi kesempatan nk pi Xpert pulak.hehe.

Bahana Merokok 2

Friday, May 29, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Ini adalah sambungan mengenai post Mari Merokok arituh..

The story begins like this....

Once upon a time..
Ana pi kedai Crem(sebelah rumah), ada something nak beli..Sampai kat sana ana cari la barang apa yang ana nak..Bila dah jumpak ana pi la kat cashier dia..Sedang ana nak bayar, tiba2 mai sorang laki ni(tak kenai pon)..Dia mai nak beli rokok..

Lelaki itu : Anneee..Mintak dunhill sekotak..Mau yang gambar budak kecik tau..
Ana pon pelik apsal dia pilih gambar budak..?
Cashier : Boleehhh...(dia pon pi ambik rokok tu..)
Ana pon tertunggu jgk la kedatangan rokok tu..5 second kemudian..
Cashier tu pun hulur kotak rokok.
Ana : Cittt...ingat ka apadia. Rupa2nyer depa pilih gambar apa kat kotak rokok tu..(cakap dalam hati..)

Gambar diatas bukan gambar lelaki didalam cerita ini.Gambar hiasan.


Cashier : Orang slalunya beli yg gambar kaki tu, hang ni plak beli gambar bayi..Awat.?
Lelaki itu : Aku lagi la geli tgk kaki tu..Gambar bayi ni tak la berapa takut sgt..hehe.

Ana tergaman mendengar jawapan lelaki itu..ingat ka nak bertobat, tgk2 siap boleh pilih gambar lagi. Macam nak beli makanan kat RFC je.

The end of my story..


GAMBAR ROKOK ZAMAN SEKARANG..AMACAM, TAKUT TAK..!







Ish3..terok btol la org malaysia ni..Ana yg tak hisap rokok pon geli tgk gambar rokok tu.Depa plak sampai ketagih sgt cacing tu..Tgk org singapore, depa mana boleh hisap rokok..Ana rasa dengan meletakkan gambar akibat merokok tu saja x cukup..Ana rasa lebih berkesan klau kerajaan letak harga Rm 100 sekotak..Tak pon Rm 100 sebatang..! Mesti berkesan punya...hehe.(setahu ana org kata singapore dh cuba cara diatas, dan hasil mmg berkesan)..

Malaysia bila nak buat plak..

Satu lagi, yg ni plak ana terjumpak masa dok carik gambar2 rokok. Ana terbaca salah komen sorang pengunjung blog tersebut.(blog itu terpaksa diblurkan, bg menjaga nama baik blog beliau.hehe.)

KLIK UTK PAPARAN LEBIH JELAS.!



Promosi Movie Ketika Cinta Bertasbih..

Naftahul Post Bil Bismillah..

Baca tak lagi novel Ketika Cinta Bertasbih(KCB)..Komen ana ttg buku tu mmg best la. Mmg patut la klau korang nk beli pon. Kalau tak beli lagi boleh la beli di IQRA BOOKS, Kangar, Perlis.Anda juga boleh melawati blog dibawah ini utk keterangan lebih lanjut.hehe.


Untuk pengetahuan semua, filem Ketika Cinta Bertasbih akan keluar pada 13 Jun tahun ini. Tapi bg org Malaysia mgkin lambat skit sampai.hehe. Bersabarlah skit, Sesungguhnya sabar itu separuh daripada Iman..





Bahana Merokok..?

Sunday, May 03, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..


Kali ni nak post ttg ROKOK plak.hehe.
Alang2 trjumpak iklan ttg bahana merokok. Mmg berhikmah btol cara director iklan ni nasihat para perokok supaya x merokok. Mmmg ana respect la.



But jumlah perokok makin bertambah skang. Mmg sukar nak diredakan, walaupun skang ni depa jual kotak rokok, kat kotak tu depa letak gambar akibat mrokok, geli giler tgk akibat dier. X tau la depa ada perasaan nak berhenti ke tak. Sebab bila depa rokok tu, bkn saja depa ja dpt penyakit, tp orang yg menghidu asap rokokan dia ponw berisiko utk kena pnyakit malahan mgkin lebih truk. Kepada bapak2 perokok, kasihanilah anak anda. Ingatlah orang yang tersayang.(peh..) Marilah sama2 doakan agar para2 perokok sedunia bertobat. Amin Ya Rabbal 'Alamin...
Insha Allah.

Hayatilah!


JANGAK GELAK !

Friday, April 24, 2009

JANGAN GELAK 1:
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang
RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai- ramai!"



JANGAN GELAK 2:
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak...
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."


JANGAN GELAK 3:
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"


JANGAN GELAK 4:
ATUK : KENAPA CU TAK SEPERTI KAWAN SEBAYA CU? TGK KWN² CU..SUME LULUS TINGGI². CU NI ASYIK INTERNET, TV, MAIN BOLA. BILA NAK BELAJAR? BESAR NAK JADI APE??? (marah thp tertinggi smpai nak keluar lava)
CUCU : ATUK NIH ASEK-ASEK BANDINGKAN KTER NGAN KWN² KITE... KTER X MARAH PON ATUK X SAMA SEPERTI KWN² SEBAYA ATUK YANG LAIN...
ATUK : X SAMA APE NYER?
CUCU : YER LA. .KWN² SEBAYE ATUK SUME DAH JD ARWAHKAN??
ATUK : A$B3$T0$!!!! !!


JANGAN GELAK 5:
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan. ..
pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.
Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.
Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di
kampungnya.. . Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya. .. kali ini sebagai Syeikh Arab....
Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."
Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"
Kerana kehairanan yang amat sangat...
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

PilihanRaya Kecik..

Friday, April 10, 2009

Naftahul Post Bil Bismillah..

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerna limpah dan kurnia-Nya ana akhirnya berjaya mengepost post baru stelah sekian lama menyepi.hehe. Maklumlah budak sekolah la katakan.

Post kali adalah PILIHAN RAYA.
haha.kecik dah pandai2 nak terlibat. Tapi x pa la. Bak kata pepatah "Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya.!". Fulamik! Berhikam la plak.



Tapi pilihan raya kali ni x dan la nak tengok keputusan dia kat TV, dok asrama la katakan. Tapi bagos la, dari dapat kot TV. Klau BN menang laju ja habaq. Klau pembangkang menang depa buat slow plak. Tu masalah politik Malaysia.

Cuba usher sekali pilihan raya kat Indon, rilek jer. Afif citer la, kat sana mana2 parti bebas menggunakan media massa, depa x sekat ponw klau pembangkang nak buat rancangan skit(iklan/ dalam TV. Pastu, dah la klau ada debat apa2 slalunyer depa tayang kat TV. Tu yang syok tuh.hehe.Memang ana respect la pilhanraya kat Indon.

Kami(budak asrama) ponw tau keputusan pilihan raya mlalui orang sekeliling. Bukit Gantang ngan Bukit Selambau tu mmg dah bajet dah boleh menang. Tp tang Batang Ai tu payah la skit. Seberang sana, klau nak pi ponw payah, tiket mahal.Disertakan dibawah ni satgi, keputusan PR Bukit Gantang, Perak..

Klik to View Much Better!


Post kali ni ponw x leh la panjang2 sgt. Sebab esok dah skolah(sabtu), sekolah ganti.hehe. Maklumlah nak cuti nanti, berkorbanlah sikit.hoho. Dalam tengah dok usher intenet, terserempak plak dengan seloka pihanraya yang import khas dari Perak, untuk orang Perak.hehe. Fikir-fikirkanlah orang wahai orang Perak..!

Undilah yang benar.!
Yang Benar Tetap Benar !


source!

Orang Bukit Gantang
Jangan salah tatang
Undi bukan sebarang
Jangan ditipu senang

Masuk penjara mudah sahaja
Keluar pun bila-bila suka
Tangis derita dan air mata
Tidak diendah tidak berharga

Nilai jangan sehari dua
Sejarah sesekali jangan dilupa
Adil saksama bukan bahan senda
Sehari buat setahun buat-buat lupa

Manusia dipegang pada janjinya
Parti dinilai pada dasarnya
Manis berkata hanya sandiwara
Kalau ideologi masih serupa

Orang Bukit Gantang
Jangan salah orang
Pangkah terang-terang
Bulan bersinar mengambang.

Kenduri Aisyah - Shah Alam

Tuesday, February 10, 2009

28hb Disember 2008.
Kenduri sebelah lelaki depa buat kat Dewan MBSA, Shah Alam. Kenduri tu buat dalam dewan.



Dari kiri: Pck Kasjoo, Ayah, Abg Rizal, Aisyah, Mcm Hawariah, Ummi.

Potong kek bertingkat 3, macam rumah flat la plak.haha.

4 beradik. Lepas ni sapa plak kawin.hehe.


Nama si mujahid kecil ni, Anas MUZAFFAR..
Nama beliau ni ader nama ana, Wan MUZAFFAr jgk beb.
Tapi ejaan beliau tak pasti la sama ke tak.
Tak dan tanya nama beliau, muzaFFar tu ada dua 'F' ke satu jerk.
Beliau ini adalah anak saudara Abg Rizal.
Bangga btol ader org nama sama ngan kita.hehe.

Lepas makan kita maen dulu.

Amacam hensem tak kiter dua orang..?


p/s - trimas kepada abang saif kerana telah meminjamkan baju melayu beliau, baju tu adalah baju melayu beliau semasa hari perkawinan beliau one upon a time.

Mari Membina Masjid

Monday, February 09, 2009

Selamat Pengantin Baru !
20hb & 28hb Disember 2008

Selamat Pengantin Baru kepada Aisyah dan Abg Rizal. Sori la pengantin, lambat post citer.Tak banyak yang boleh diceritakan, hanya gambar sahaja yang boleh dibekalkan. Kerana ketandusan idea.hehe.Kerana waktu kejadian telah berlalu lebih kurang nak dekat 2 bulan dah.hehe.Akad nikah dengan kenduri kahwin buat sekali, hari sama.



CLICK UNTUK PAPARAN GAMBAR YANG LEBIH JELAS !

Tempat kejadian.Kawasan terhad.hehe.

Dup..Dap..Dup..Dap..!

Sarung Cincin.

Dari kiri: Pck Kasjoo, Mck Hawariah, Abg Rizal, Aisyah, Ayah, Ummi.

Sumer ni ahli keluarga Abg Rizal.

Macam sedap jer kek tu.

Sebelum..

Selepas..

Amacam jauh beza tak. Tengok ler sapa chef dia - Kak Najah ler.hehe. Lepas ni sapa nak tempah kek, boleh la tempah kat kak najah. Promosi2. Lepas ni kak najah kena bg la komisen sikit kat afar.hehe.

Haaa..Yang ni lagi sedap !

Potong Kek.

Hantaran belah ( P )

Banner Kahwin.

Jangan maen2 dengan banner ni, mahai ooo. Ana yang buat sniri tau. Hakcipta kurang terpelihara.hehe. Tapi design drpd denz. Lepas tu abang hantaq kedai, dia tukar trus macam2.hehe. Sapa nak pinjam banner banner ni boleh la hubungi tokey banner ni - Abang Saif.

ISLAM !

Kebetulan plak waktu buat kejer gotong royong pasang khemah tu. Baju yg ana pakai dgn baju yang afif pakai, melambangkan semangat ISLAM.hehe. - pic taken by Abang Long.

Umar !

Saya suka makan ! - Fatimah


p/s - sori sekali lagi kpd Aisyah n Abg Rizal krn lewat post citer kawin hampa.hehe. Lepas kenduri sapa plak.? Kita nantikan.hoho. Next...!!

Save Our Palestine...

Friday, January 16, 2009




VOTE FOR PALESTINE.!
Tunjukkan pada dunia, yang ISRAEL itu KEJAM.

Setakat ni Palestine mendahului.
Tapi hanya dengan jarak yang tidak banyak.
Keputusan di tangan anda..

Nak undi..?
"click here"





Once upon a time...

Tiga orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu dan akhirnya perempuan itu pengsan.

Dia perpusing menghadap dua lelaki yang lain, dan berkata, "Akulah orang yang paling kejam".

Lelaki kedua pantas bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata "tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku".

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab "Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku"

Perempuan itu adalah Palestin.
Lelaki pertama ialah Amerika.
Lelaki kedua adalah Israel.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.


Song For Gaza - We Will Not Go Down( Michael Heart)



WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Klau nak download lagu tu.
click here.
Copyright 2009



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Wasiat Pengebom Bali

Thursday, January 15, 2009

Wasiat terakhir pada pengebom Bali sebelum dihukum mati.. Innalilahiwaiinalillahirajiun.. Semoga apa yang diperjuangkan mereka berada di jalan Allah s.w.t. Mari sama2 kita sedekahkan untuk mereka Al-Fatihah..





Arghh..

Friday, December 26, 2008

Geramnyer..

Pasai pa x leh tukaq templates.
Abis rosak blog ni.hehe.

Sori masih dalam pembikinan.
Waduh2..
Gawat ni.

Anyone can help me..?

Lawaks..

Wednesday, December 24, 2008

Berhibur,
tiada salahnya.
kerna hiburan itu indah,
hanya pabila salah memilihnya,
membuat kita jd bersalah..



LAWAK 1

Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman.
Mereka bernama Amin dan Susan
Susan: “Min, kenapa kau sedih?”
Amin: “Ayahku masuk penjara.”
Susan: “Kenapa?”
Amin: “Ayah pecahkan kaca tingkap…”
Susan: “Hah…pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?”
Amin: “Dia pecahkan tingkap kapal selam.”
Susan: “Patut le…”


LAWAK 2

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. “Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!” bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! “Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?”

“Habis… tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la.”
“HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?”

“Kan kami nie pemain simpanan…”.


LAWAK 3

Pak kasim seorang yg tamak harta.. Dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. Suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim, beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

Setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah.
Seman gelabah, sebab sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.
“yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni”...
“takpe bang, abang ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan..
Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. Setelah pak kasim takbir..
Seman ikut takbir lalu pak kasim membaca surah alfatihah..
“bismillahirrahmanirrahim…”
seman pun turut membaca bismillah dengan lantang…
“bismillahirrahmanirrahim…”..
aisyh! pelik menantu aku ni. Mazhab mana yg dia ikut? Setahu aku imam je yg baca kuat.. Getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. Dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak kasim pelik.. Lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut
gerak langkah Pak Kasim.
“Ish! gila ke menantu aku ni??” Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman. "Seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
“Ayah.. Susah ye nak solat maghrib ni. Baru saya tau, sampai kena berlari noh..”


LAWAK 4

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? ( anyone)
Operator : Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: You are talking to someone! Who is this?

Caller: I'm Sam Wan (someone) And I need to talk to Annie Wan! It's urgent..

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's
this urgent matter about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan ( no one ) was
involved in an accident.. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being
sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.

Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then
the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't
have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Lee. (sorry)


LAWAK 5

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas, untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?" tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 tahun , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

Sang Murabbi

Saturday, December 13, 2008


Cerita yang patut anda tonton. Cerita ini berkisar mengenai kegigihan syaikhut tarbiyah dalam membesarkan dakwah ini. Semoga ia menjadi renungan buat kita yang selama ini semakin alpa dan leka dengan dunia yang fana ini.

Filem ini, bersempena memperingati pemergian al-Marhum Ustadz Rahmat Abdullah, murabbi pendukung amal Islami di bumi seberang, Indonesia. Cerita ni sesuai untuk semua peringkat umur. Asalkan dapat menghayati motif cerita ni, iaitu . Ana dah tengok, memang best gilen tahap dewa (hiperbola).



Sapa tak tengok lagi lekas2 la tengok. Tak rugi punya kalau beli. Tapi ana ponw tengok kat skolah. Sebenarnya dah lama dah tengok cerita ni, cuma tak sempat je nak post kat blog ni..

Kalau nak baca sinopsis cerita ni, click this..
Untuk keterangan lanjut, bukak la dia punya website, "Sang Murabbi"..


Izzatul Islam - Sang Murabbi

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..

download

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Monday, December 08, 2008




Selamat Memakan Daging Korban..
10 Zulhijjah 1429..


fuh. best btol makan daging korban.
tapi kalau kita seniri yang buat korban tu mesti lagi sedap dan nikmat, betol tak. Selain tu, dapat la pertambahkan amal kbaikan dan pahala sbb korban tu kan sunnah nabi. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi.
Selain itu, ibadat korban ini memberikan peluang kepada setiap Muslim untuk menyucikan dirinya daripada sebarang penyakit hati dan juga segala dosa yang mungkin melekat di dasar jiwa. Dalam hal ini,

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: Tidaklah anak Adam mengerjakan sesuatu pekerjaan pada hari korban yang lebih dicintai Allah dari mengalirkan darah haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan akan diterima Allah sebelum jatuh di tempat sembelihannya. Maka sucikanlah diri kamu dengan menyembelih haiwan korban. (Hadis riwayat Ibnu Majah & Tirmizi).

~ (copy&paste)


Huraian :

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah :

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar.

Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Lawatan Terakhir '08

Saturday, November 29, 2008

Arghhh...!

gambar in process..loading..?

Lawatan ke Melaka n N9.

Sekolah aku kali buat lawatan ke Melaka n N9 plak kali ni. Aku pon ikut la, lagipon dia khaskan lawatan ini untuk form 3.


Destinasi pertama Istana Seri Menanti. Pastu pi Ulu Bendul, mandi. Awal2 cadangnyer nak mandi kat atas tu.

Tapi bila sampai je sana, tengok maksiat semakin berleluasa. Laki ngan pompuan rapat2, mandi pakai baju ketat, peluk2. Waduh2, berat tu. Kami pon mandi la kat bawah je, kolam..Macam kat Batu Pahat, Perlis la..

Lepas mandi kami p solat sat kat surau dekat tu. Lepas solat kami pon mula jalan meninggalkan Ulu Bendul..

Klimaks cerita ni waktu yasser tiba2 cakap yang kamera dia tertinggal kat surau.(tak suspens ponw).

Nasib baik la abang ipar ustaz shahir boleh tolong try pi ambik. Kalau tak...(tak dapat diungkapkan dengan kata2)..

Esoknyer kami pi apa tau, tak ingat..yang tau ada kapal besaq.

Lepas tu pi Kota Afarz Mosa ataupun lebih dikenali sebagai Afarz Samosa...Tang ni yang buat aku tak puaih hati ni..Aku tak dan melawat kotaku. Tersesat pi tempat len. Silap tangga..Waduh2, habis duit aku.. Bukan senang nak mai melawat Melaka ni.

Next, kami pi Eye On Malaysia. Aku tak lepaskan peluang ni, naik la jgk, sorang 6 ringgit malaysia..Ok la, tp best naik kereta kabel lagi.

Malam tu plak pi Nilai 3, takdak pa ponw kat sana, banyak kedai tutup dah. Yang banyak ponw kedai karpet yang didominasi oleh bangla2.hehe.

After that..

Balik to ourself home..Sampai kat skool lebih kurang pukol 6:30 A.M.


Kesimpulannyer..

BESH, cuma ade la tempat2 yang kureng skit.hehe.

p/s : komen ler.

Daurah 08'

Saturday, November 22, 2008

Wooow. Akhirnya tahun ni aku berjaya tamatkan daurah dengan penoh gilang lagi gemilang. Yang pelik bin ajaib nyer tahun ni aku kurang sikit tidoq berbanding dua tahun lepas...

Dan tahun ni paham lagi banyak from tahun lepas. Dapat la rasakan kenikmatan belajar bahasa arab. Memang untung la pi daurah tahun ni, usatz-ustaz pon bertambah best...

Matapelajaran yang aku paling syiok, Hadis ngan Feqah. Cuma Feqah tu yang buat aku x puas hati tu sbb aku "tak dapat buku Feqah" tu (ada ke patut), kena share plak ngan orang len. Padahal aku dah bayaq untuk sumer tu, ramai gak yang x dapat...

Kot la nak habaq awai2 yang kena bawak buku tu siap-siap(kat rumah aku ade dah buku tu). Tapi pihak sekolah x bagi tau kena bawak mai. Disebabkan tu la penyebabnya aku tak paham matapelajaran tu, x dan tangkap, dah la buku tu kami belajaq smpai abis).

Daurah tahun ni, aku dapat sijil akhirnya, stelah dua tahun tak dapat sbb tak mai abis(kena PPN, tahun ni tak pi). Ada la satu hari tu kami buat perlawanan, tengok sapa tidoq paling last dia lah pemenang (aku,afif, mee, megat,naufal). Aku dapat no. 2 beb. Pengalaman daurah kali ni memang BEST. huhu.

Eid Mubarak..

Friday, November 07, 2008

Selamat Menyambut Eid Mubarak 2008.
Tahun ni balik kampung, perjalanan jauh gilen. Lebih kurang 12 jam.huhu. Tapi takpe, bak kata pepatah "Jauh perjalanan, luas pengalaman".haha.


salam hari raya, dari Wan Muda dan keluarga.


pose belakang masjid kristal (abang is missing)

complete.


sempat gak posing berlatarkan masjid kristal


bergambar bersama Tok Chek


pic with keluarga sebelah umi.


tangkap gambar sakan.hehe.


check-in, hantar aisyah balik Ireland.first time masuk KLIA.huhu

Pencarian Seribu Malam

Saturday, September 27, 2008


“Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan roh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah.

Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud :

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).


Tanda-tanda Kehadiran Lailatul Qadar

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. yang pernah mengatakan :

"Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini".

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antaranya ialah :

1) Malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram
2) Angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa.
3) Esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Ada apa dengan SEPTEMBER tahun ini.

Friday, September 26, 2008

Ada apa dengan september thn ni.

+ First, 1 September - Kite mula stat pose.
+ 17 September - Nuzaul Quran.
+ 26 September - Hari Jadi aku
- Aku dpt kad raya pertama tahun ni
- Ada cramah Haron Din kt Masjid Sultanah Bahiyah,Kedah (9:30 pm)
+ 20-30 September - Pencarian malam Lailatul Qadar.
+ 30 September - Takbir Raya.

Anyway bg aku la, bulan september tahun ni mmg spesel. Penoh barakah, dtambah lg dgn spanjang september tahun ni, dr awal sampai akhir, tarikh dia sm ngan tarikh bulan Ramadhan. Awal september kita stat posa, akhir september kita abih posa.Hehe.

Amalan Rasulullah S.A.W. Di Bulan Ramadhan

Sunday, August 31, 2008

* Bersahur
Para Ulama' bersepakat bhw sahur itu hukumnya sunat dan tidak berdosa bg org yg mninggalkannya. Rasulullah bersabda "Bersahurlah kamu, kerana sahur itu berkah"

* Segera Berbuka
Disunatkan menyegerakan berbuka ketika waktu Maghrib. Rasulullah bersabda "Manusia sentiasa dlm kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka."

* Solat Malam(Solat Tarawikh & Witir)
Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang solat(malam) Ramadhan dgn dasar iman dan mengharapkan redha Allah, maka akan diampuni dosanya yang lalu."

* Bertadarus Al-Quran
Apabila tiba bln Ramadhan, Rasulullah S.A.W memperbanyakkan tadarus. Di bulan Ramadhan juga, pahala akan dilipatgandakan sebanyak 70 kali ganda.