Akdemi Al-Quran (AQ)

Wednesday, August 30, 2006

Pi Masjid Al-Mutaqin, Bandar Darul Aman, Kedah..Ada peserta2 AQ...Macam Abdullah Fahmi(JOHAN), Fathul Radzi(x tau betul ke x nama ni)..Ada lagi sorang tapi tak ingat dah nama dia..Yang ni lak buta mata tapi terang hati..Dah hafaz 30 juzuk..Ada dua orang, sorang nama Nabil..sorang lagi tak ingat nama dia...Tapi semua baca sedap beb...Lepas habis semua baca..Depa ada persembahan sket..Ada selawat, nasyid satu jer..Tapi sedap oooo...Sempat gak salam ngan dia..Siap sembang lagi, tangkap gambar banyak kali lak tu...Siap ambik no. telefon..Pas tu dia ajak pi rumah dia kat machang...pada 6 ke 7 x tau..Tapi yang tau bulan september..

100 % beb...

Wednesday, August 16, 2006

Dapat 100% dalam matapelajaran Aqidah dan Hadis....Boleh ler sebab tengok buku...Tapi, tengok buku pun susah gak..Ustaz Sayuti kata waktu pukul 11.00 jer setan ni kuat buat kacau dalam my class...Hehehehe...Tak tau betul ke tak..Tapi waktu tu ramai yang tiduq...Har..har..har..harun...

hepi birthday, ayah

Monday, July 31, 2006



30th julai 2006. 54 years old
selamat hari lahir, ayah
semoga panjang umur dan diberkati ALLAH

Eppy Burfday DeNz

Thursday, July 13, 2006

.. Chicken Little ..



Eppy besday to DeNz yang ke-17..
Semuga menjadi Hafiz yang berjaya..
Insha Allah..

Fifa World Cup 2006

Tuesday, July 11, 2006

.. Italy..


Italy's team captain Fabio Cannavaro holds the World Cup trophy after the final of the soccer World Cup between Italy and France in the Olympic Stadium
Italy's team captain Fabio Cannavaro holds the World Cup trophy after the final of the soccer World Cup between Italy and France in the Olympic Stadium in Berlin, Sunday, July 9, 2006. Italy defeated France 5-3 in a shootout after a 1-1 draw.

Yang paling rugi,sebab tak dapat tengok final...Bangun..bangun..Tengok jam pukul 5:09...Bukak TV...Tengok orang cium piala jer...Sedih..... :-(

Eppy Birthday Abang

Friday, July 07, 2006

.. Eppy Birtday Abang..



..Eppy Birthday Abang..
..Selamat menyambut ulang tahun yang ke-27..
..Moga dipanjangkan umur oleh ALLAh..

Eppy Birthday

Saturday, July 01, 2006



Eppy Birthday to Kakak...
1 January 2006..23rd birthday..
Moga dipanjangkan umur oleh Allah..

Beli ler...

Monday, June 26, 2006



Semalam baca buku syok gak...Tapi pening skit..sebab nama watak dia pelik-pelik skit..Nak baca pun pening ...tapi tak per janji syok..Citenyer gini...


Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.


Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe..Beli la kalau nak tau lebih lanjut..Heheheee...

Eratkan Ukhuwah

Saturday, May 20, 2006

Smile Always

We must smiles always.....
~ ~
* *
[___]

Collection lawak....

Friday, April 28, 2006

Buah mangga

Citenyer gini.....
Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...


---- sumbangan: Syafiq


Poster....

Cite nilak cenggini...
Linda sedang menampal kertas dinding (wallpaper) bergambar bunga-bunga di dinding biliknya. Setelah selesai dia memanggil ibunya untuk memberi komen mengenai hasil kerjanya itu.

Ibu : "Kertas dinding yang kau pasang ini cantik sekali, tapi mengapa di bahagian sana gambarnya agak menonjol seperti tidak rata.."

Linda : "Oh... baru saya ingat.. saya lupa menanggalkan jam dinding tadi!!

--- sumbangan: Sman

Pelik B. Ajaib

Thursday, March 16, 2006

10 March 2006
Cuti sakan ler kali ni sebab cuti sampai seminggu...Saya ingat saya x kena kudis buta...Tengok-tengok nampak ada dua bijik benda kat jari ingat hape...Rupa-rupanyer kudis buta...Takpelah saya redho dengan apa yang Allah tentukan

Kudis Buta

8 March 2006
Kudis buta sedang melanda asrama saya....Semua orang yang dok kat asrama kena kecuali sayer...Biasa ler saya kuat...Saya cuma gatal x2 aje..

Jika Pena Hilang Bisa

Monday, January 30, 2006


Kata bidalan lama mengungkapkan
'bahawa mata pena itu lebih tajam dari pedang'
lantas larikkan mata penamu
buat menyebar ilmu dan amal
jangan dilarik amal yang mungkar
khuatir kelak pena hilang bisa
terlalu lancar membuat onar
kuasa sirna ditarik Yang Esa
Ingatlah yang baik itu ganjarannya pahala
yang onar pula balasannya neraka...

Cite lawak ...

Saturday, January 21, 2006

Seorang lelaki tua yang sedang bergunting rambutterkejut apabila tiba x2 pintu kedai gunting rambut itu dirempuh. Yang rempuh ialah lelaki muda dan kemudiannya menjerit, "Mihat !! Cepat balik rumah engkau terbakar !!!.."
Apa lagi, lelaki tua itu pun terus terjun dari kerusi, terus berlari ke rumahnya 100 meter dari situwalaupun rambutnya belum habis dipotong dan di dagunya penuh dengan buih pencukur. Dia pun berlari, berlari dan berlari macam lipas kudung..
Tapi 30 meter sebelum sampai rumahnya, lelaki tua itu berhenti..
"Ehh..Kenapa aku lari balik ni?Nama aku bukan Mihat !!! "

Friday, January 20, 2006


Akulah saksi itu

Aku bukanlah saksi bisu
sekadar mengalir laju atau lesu
seperti tanggapanmu
namun inilah bukti betapa ketakutanku
yang teramat takjub terhadap Penciptaku
Allah Rabbi Yang Maha Tahu
imilah jua lingan air mataku
yang mengalir akibat amat ngeri
terhadap seksaan-Nya buat yang ingkar
kerana menjadi punca kehancuran alam
angkara tamak menyalut nurani...

Macam-macam ada...

Wednesday, January 11, 2006

kerusi...



Sepi Sebuah Kerusi

Titi ini terus menjadi saksi
betapa sepinya sebuah kerusi
tanpa penghuni yang sudi
duduk dan menghampiri
ini adalah lukisan realiti
tatkala hati sendirian dicengkam sepi
tiada insan yang menemani
usah gundah-gundala
wahai diri yang sepi
kerana allah sentiasa
di sampingmu memerhati
lantas kau gunakanlah waktu itu
membasahkan lidah dengan
zikir dan tasbih tanpa henti
hakikatnya Dia amat Tahu
apa yang sedang
bergejolak dalam hati.

.. tinkap ..



Di Sebalik Jendela

Jendela tua ini warisan silam
dahulu disini pernah tersimpul
angan-angan dan harapan
yang dikhayalkan sambil
tangan menongkat dagu
sepasang mata bundarredap tersipu malu
dilempar si gadis ke tengah laman
kerana disitu si teruna berdiri
sambil mata melirik penuh rindu
hari ini jendela sudah semakin tua
seperti bertambahnya
usia si gadis dan teruna
terus memandang ke luar jendela
dalam himbauan nostalgia
musim bunga
yang kian jauh
meninggalkan mereka
kini menjadi penghuni senja
tatkala daun jendela mula ditutup
sesuai waktu berlalu pergi
inilah takdir Ilahi buat
sepasang jendela tua
yang dulu pernah mengukir cinta
lantas kini sudah usang
dimamah hari
dan senja pun melabuhkan tirainya.

.. Rimau ..

Kawanan Raja Hilang Takhta

Aku adalah kawanan raja rimba
semakin terpinggir akibat hilang takhta
rimba bukan lagi syurga kediaman
tapi neraka hambatan manusia
insan sudah kian hilang pertimbangan
merosak menceroboh sewenang-wenang
tak kira di mana berada
belantara adalah kerajaan milik kami
andai bahagia sudah sirna di sana
ke mana gerangan takhta didirikan ????

banjir...

Sunday, December 18, 2005

Sedikit berita keadaan banjir di Perlis. Alhamdulillah kaedaan banjir di Perlis lebih baik berbanding petang Sabtu dan Ahad lepas. Tetapi keadaan masih tidak menenangkan kami kerana ketiadaan bekalan air dan elektrik di kebanyakan kawasan. Perhubungan di antara Kangar dan Arau masih terputus kerana air masih lagi berada di atas jalan raya.Di sini saya ingin menceritakan musibah yang menimpa YDP Kangar (mantan YDP Perlis 2003-2005), akh Mohamed Radzi Abdul Wahab. Saya akan perincikan ceritanya. Tengah hari Sabtu 17 Disember, beliau memulakan perjalanan dari Segamat, Johor membawa pulang saya yang tamat mengikuti program English In Camp dan Kem Remaja Perkasa di Kersani Training Centre.Awal pagi Ahad saya sampai di Perlis melalui jalan Alor Star-Simpang Empat-Kangar. Setelah menghantar anak Dr Rushami Zien (YDP Perlis) di Kubang Gajah beliau terus menghala ke Arau untuk menghantar saya di Arau. Selepas melintas lintasan kereta api di Batas Liku, (lebih kurang jam 1:30 pagi Ahad) dan mengharungi banjir yang airnya semakin naik, Toyota Innovanya terbabas ke dalam parit. Beliau, 2 anak perempuannya beserta saya n Aqis terpaksa bermalam di salah sebuah rumah 2-tingkat di tepi jalan (rumah tu telah dinaiki air).Shahidan bagi kami makan KFC..Sedup beb.. Ketika bapak saya menjemput saya pada jam 9:30 pagi; setelah mengharungi air sedalam 1.0 meter, MPV di tepi jalan masih ditenggelami air sehingga ke paras tempat duduk penumpang.Pak Cik Radzi kembali jam 12:00 tgh hari ke lokasi di Batas Liku untuk mendapatkan bantuan menarik MPVnya ke tempat yang lebih selamat. Toyota melalui khidmat Auto Assistnya enggan memberi bantuan. Selang tidak berapa lama, dengan pergerakan bas dan lori yang lalu lintas dan dengan tempias air terus menenggelamkan MPV ke dalam parit.MPV beliau masih lagi di worksop dan akan dihantar ke Toyota Service Centre di Alor Star (Perlis tak ada pusat servis). Mungkin enjinnya kena overhaul dan sudah tentu tinggi kosnya. Oleh yang demikian, saya bagi pihak JIM Negeri Perlis memohon bantuan dan ihsan untuk menghulurkan derma bagi meringankan bebanan yang menimpa Pak Cik Radzi.Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tetuan Pertubuhan JIM Negeri Perlis di Bank Islam Malaysia BerhadAkaun 09 - 010 - 01000777 - 2.Slip deposit boleh difaks ke Pejabat JIM Negeri Perlis 04 986 7729atau SMS ke 019 480 2743 (Wan Muda).
Hari terakhir di Kersani...Babai Kersani..Saya balik ngan Pak cik Radzi..

Mega Multimedia..

Friday, December 16, 2005

Bangun lambat gak,7.00..Pagi ni kami sambung balik presentation haritu yang tak sempat habis hari tuh..Petang tu bebas nak buat hape pun tak pe..Malam tu tengok MegaMultimedia....Gambar aktiviti yang kami lakukan