Myvi or Viva

Saturday, August 18, 2007

Kalau korang diberi pilihan, myvi atau viva..pilih mana satu.saja nak tengok mana satu orang suka.hihi.

MYVI






VIVA






[UNDIAN DIBUKA SEKARANG!]


x cden

Saturday, April 21, 2007

12 april's night. the accident. unser van vs cepat ekspres bus. malam tu, dalam perjalanan ke bukit merah. bus langgar dari belakang. mujur tengah tidur masa tu, taktau ape yang jadi. sedar-sedar, rasa ada orang angkat masuk kereta nak pergi hospital. rasa penat; lenguh badan.



on the night of the x-cden.


the back view.


the impact.



aku tak cedera cuma lenguh2 badan n tak duk hospital. alhamdulillah.allah tlh menyelamatkan aku.


pi hospital kepala batas. sampai sana doc tengok aku cam x de ape2. dia check skali, pastu dia suruh aku tunggu kat luar. aku pun tunggu kat luar. jumpa abang n kemudian jumpa aibah kat luar. lama menunggu abang suruh aku balik rumah tok ma dulu. ikut aje la. tidur kat sana lbh kurang 2 or 3 hari. pastu pi duk kat hospital pulau pinang, tengok ayah. duk sana ngan abang n along 2 hari. balik perlis hari isnin (18 or 19/4)..cuti seminggu. pi skolah balik hari ahad. famous satu skolah kecoh tntang x cden. x larat nak jawab.


mak patah tiga jari tangan kanan. ayah, darah beku dalam kepala. doktor dah buang rasanya. cuma lenguh-lenguh badan sikit. my sister in-law, kak najah patah tangan kanan. my oldest brother, youngest brother dan my niece cuma pesakit luar. injured sikit-sikit. semoga semuanya sembuh dengan cepat, insyaallah.

tagged by aqih.

Friday, April 20, 2007

i'm tagged by aqih. keanihan diri. x paham aku. setelah pikir punya pikir. akhirnya inilah hasilnya.


* sama mcm aqih, suka kumpul barang-barang, cth..tikam 20sen. kdg2 dapat benda syok, kadang2 benda x berguna langsung..but tu dulu..la ni x dah.


* meja sniri ade tp x slalu pun guna..lbh kurang dah 3 or 4 tahun dah x guna. buat keje atas lantai je, lagi sronot.meja tu buat letak barang je.


* suka makan nasi lembik. my favarot. makan nasi lembik rasa macam bubur je. haha.


* tak suka pakai tandas rumah orang. rasa tak selesa.


* tak reti nak ajar orang lain, walaupun kita paham bende tu. sebab tu la dulu cita2 nak jd pensyarah, skang tukaq jd bussinesman.


skang aku mahu mengetag..
- noname
- noname
- noname

Enjet2 Semut..

Tuesday, March 13, 2007





this is really enjoyable enjet-enjet semut video. malay masterplan. soooo cute :) watch it ngan kusyuk.ye..haha.

click! and the homepage

berjaya..alhamdulillah.

Monday, March 12, 2007

akhirnya berjaya menyiapkan skin baru..hasil usaha ku..alhamdulillah.thanks for :

=) tuhan(ALLAH)
=) photoshop CS
=) komputer
=) TNB(bekal eletrik gn kom.)
=) aqih
=) imageshack
=) dan sape2 ajer.haha..

lawak betul..

mutiara hati..ingatlah allah.


nabila marah..dok blakang sket.


dua dua tu x penah tengok pun..aku cari dlm youtube..lawak gak..yg ingatlah allah suara org besar,tp gambo orang kecik.yg marah tu lak istighfar pun sebut x betul..

TERLEPAS

Saturday, March 10, 2007

10:45 AM

tiap hari sabtu,ader tusyen,blk ngan bas..naik bas(blk umah).taktau camner biler nak dekat sampai rumah,tibe2 rasa ngantuk..t'tidur dlm bas.jaga2 tengok dah t'lepas rumah kiter..mujur x sampai FELDA Chuping..kalo dak mesti lg gelabah..terus picit loceng.trun laju2..terpaksalah b'jalan mnuju k rumah.time nak sampai dah rumah(1 kilometer lg)ada sebijik motor berenti.dia ajak tumpang.pada awalnyer x berape nak..dah dia pujuk.apelagi enjoy ler..takut jugak takut dia colek..alhamdullilah x kene..huhu..thanks pakcik yg bg tumpang tu..

tak balik

Thursday, March 01, 2007

minggu ni x balik.jadi 2 minggu duk asrama.sebab ada program yang ex-alumni dulu.depa tu yg tengah tunggu keputusan SPM.same cam din.semoga semua b'jaya m'dapat keputusan yg cemerlang.haha..name program tu LUIS Program.best beb.cuma tak best sebab x de pun budak-budak ex-sraz dulu sebaya ngan kami.sumer muke2 org SMAZ.overall its best.just repair and do more best.haha.

Firdaus- Menangislah Di Bahuku..

Friday, February 16, 2007



Firdaus:
Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahwa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa, berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah …
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah …
Di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah … (dibahuku ku disini untukmu)
Menangislah … (dibahuku kerna ku sahabatmu)


haha..Sesajer dengar.bila dengaq byk kali best la pulak..

new skin..haha

Friday, January 12, 2007

berjaya juga menukar skin baru..tapi bukan buat sniri..aqih tolong..aku cuma memilih skin yang mane..cari kat blogskins..tima kasih pada aqih dan saper saje secara langsung atau tidak langsung..aisehman macam citer drama la plak..haha.aku mungkin tak brapa slalu sangat update sbab aku dok asrama.seminggu skali je balik..haha..eehh. tersyok plak.

..Cepatnyer masa belalu

Saturday, January 06, 2007

cepat je rasa masa berlalu..sedar2 dah tingkatan 2.haha..mesti studi manyak2 setahun lagi nak hadapi PMR lak..aqih lak tahun ni SPM.blajaq elok2..den lak skarang dah jadi penanam anggurpenggangur.haha..

Andainya Malaysia Diserang

Friday, January 05, 2007

Assalamualaikum wbt... Cerpen ni copy dr sebuah laman web... igt ini hanya CERPEN!!! Bacalah dgn minda yg BERFIKIR... sama²lah kita membacanya...

MALAYSIA DISERANG ??? AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah. Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan, Iraq dan Lubnan.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita...YB Wakil Rakyat...Parlimen dan ADUN...Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara. Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab...Khalifah Ali Abi Thalib...Khalifah Khalid Al-Walid... Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi...yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam. SAAT Peperangan bermula....

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru berpandu... membedil...menembak Rakyat Malaysia...mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!! AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Datang lagi pesawat musuh silih berganti..... Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih berganti.... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO... diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh. Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menendang pintu rumah anda....

Anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah... Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia...muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006...diajukan muncung senapang... DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...

Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata..... Anda menangis ketakutan....

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri.... Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan. Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini.... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa.... didepan mata!!!! kawan-kawan...sahabat taulan... ramai yang terkorban.. dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak bernasib baik seperti anda... Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat...mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah...tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa...

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti.... Apa yang anda Harapkan pada masa itu???? Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...BANTUAN ALLAH.... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA,SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN.....BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu....bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANGLAIN menyatakan: "Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia" (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM)

"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan...Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya dalam suasana yang aman harmoni" <--- Pemimpin Malaysia selalu sebut. (Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia" (Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand)

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" (Pemimpin Arab Saudi)

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DI ATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir2 kan, SAUDARA anda sedang mengharap bantuan anda....


Copyright from
Amirez (Amierul)

Selamat Hari Raya AidilAdha

Saturday, December 30, 2006

aidiladha coming tomorrow. nak wish kat semua, slamat harik rayak aidiladha! klau korban tuh, jangan lupa kasi sikit tau.



kad raya

my friendster

Tuesday, December 05, 2006

hahaha ;D aku baru join frienster. semua tahu kan friendster tu bende ape kan. haha, mai la jenguk. paling sikit pun melawat la, tak pun jadi friend ke.. nak tengok, sila lawat link nih

Trip to KL

Thursday, November 23, 2006

23 nov; 12 tengahari
bertolak ke KL. menginap di Intekma Resort,Shah Alam

24 nov; 8 pagi
breakfast kat Intekma makan cereal honey star banyak gle. siap letak dalam tisu lagi, bawa balik.. hohoo ;D. umi ngan kak najah ada program PWPN kat Kompleks Darul Puteri d Cheras, Selangor...malam tu lak ada PAKSI-JIM d Hotel Maluri, disertai dgn konsert OneFaith dan kumpulan Xifu & Algebra(sedap)..nice song..

25 nov; 7.50 pagi
hari ni plak, ayah plus umi plus kak najah plus abang ada PPN kat tempat sama cam kelmarin. cuaca tak berapa baik, nampak awan sedih sikit. huhu

26 nov; 7.40 pagi
hari ni..hari ke-dua PPN dijalankan...Hari terakhir di KL...Malam tu pi hantar T-Shirt kat Din...din ada SPM..Guud Luck... :-)...n tiduq kat Bukit Merah...

27 nov; 9 pagi
check out from bukit merah n berenti kat penang pi ambik Ibah kat rumah Tok Ma...Pas tu pi TESCO..pas tu bertolak pulang ke rumah...So tired but seronok..Hahahaha..

Kata kan tak nak...

Saturday, October 28, 2006




Kata la TAK NAK..
tak kata pun..
tak dengar la..
kuat la sket...
OK! OK!.dah..cukup.cukup...

;jangan kata je tapi tak buat!

Friend...

Thursday, October 12, 2006

_______________________________________
_______________________________________
00000000000000000000000000000000000____
__0000000000000000000000000000000000___
__00000000_____________________________
__0000000______________________________
__00000000_____________________________
__000000000000000000000000000__________
__0000000000000000000000000000_________
__00000000000000000000000000___________
__00000000_____________________________
__0000000______________________________
__0000000______________________________
__0000000______________________________
__0000000______________________________
__0000000______________________________
_______________________________________
___00000000000000000000000000000_______
__00000000000000000000000000000000_____
__000000000000000000000000000000000____
__00000000___________________0000000___
__0000000______________________000000__
__0000000______________________000000__
__0000000____________________0000000___
__000000000000000000000000000000000____
__00000000000000000000000000000000_____
__00000000000000000000000000000________
__00000000___________000000000_________
__0000000______________00000000________
__0000000________________00000000______
__0000000__________________00000000____
__0000000____________________00000000__
_______________________________________
____________0000000000000______________
_____________000000000000______________
_____________00000000000_______________
______________0000000000_______________
______________000000000________________
_______________00000000________________
_______________0000000_________________
________________000000_________________
________________00000__________________
_________________0000__________________
_________________000___________________
_______________________________________
_________________000___________________
________________00000__________________
_______________0000000_________________
_______________________________________
___000000000000000000000000000000000___
__00000000000000000000000000000000000__
__000000000000000000000000000000000____
__00000000_____________________________
__0000000______________________________
__00000000000000000000000______________
__0000000000000000000000000____________
__000000000000000000000000_____________
__0000000______________________________
__0000000______________________________
__0000000_____________________________
__00000000_____________________________
__000000000000000000000000000000000____
__00000000000000000000000000000000000__
___000000000000000000000000000000000___
_______________________________________
___000000______________________000000__
__000000000____________________000000__
__000000000000_________________000000__
__00000000000000_______________000000__
__0000000_00000000_____________000000__
__0000000___00000000___________000000__
__0000000_____00000000_________000000__
__0000000_______00000000_______000000__
__0000000_________00000000_____000000__
__0000000___________00000000___000000__
__0000000_____________00000000_000000__
__0000000_______________0000000000000__
__0000000_________________00000000000__
__0000000___________________000000000__
__0000000_____________________000000___
_______________________________________
___000000000000000000000000000_________
__000000000000000000000000000000_______
__00000000000000000000000000000000_____
__00000000_________________00000000____
__0000000____________________0000000___
__0000000_____________________0000000__
__0000000______________________000000__
__0000000______________________000000__
__0000000______________________000000__
__0000000_____________________0000000__
__0000000____________________0000000___
__0000000__________________00000000____
__00000000000000000000000000000000_____
___000000000000000000000000000_________
_______________________________________

Friend is important in life...
Kawan adalah penting dalam hidup...

periksa

Saturday, October 07, 2006

alamak periksa dah nak dekat la. periksa stat 19 oktober . ada 2 hari lagik. doakan saye berjaya ya. insyaalah! amin!

Eppy Besday to diri sendiri..

Tuesday, September 26, 2006



26 September 2006,13 years old...
Hahhahahaha..Today is my besday...
X de hadiah ker ???
Semoga saya menjadi muslim yang soleh,
dipanjangkan umur dan diredhoi ALLAH...
TQ for sapa sapa yang wish tuu...
Tapi sebnarnya saya pun lupa hari ini besday saya...
muahaha

selamat berposa

Saturday, September 23, 2006

24 September 2006 / 1 Ramadhan 1427H

Berposalah kamu sebelum kamu diposakan
Sapa sapa yang rasa tahun lepas dia banyak ponteng
Tahun ni jgn ulangi

This Is My LAST Warning! tau pun takuts. muahaha.