banjir...

Sunday, December 18, 2005

Sedikit berita keadaan banjir di Perlis. Alhamdulillah kaedaan banjir di Perlis lebih baik berbanding petang Sabtu dan Ahad lepas. Tetapi keadaan masih tidak menenangkan kami kerana ketiadaan bekalan air dan elektrik di kebanyakan kawasan. Perhubungan di antara Kangar dan Arau masih terputus kerana air masih lagi berada di atas jalan raya.Di sini saya ingin menceritakan musibah yang menimpa YDP Kangar (mantan YDP Perlis 2003-2005), akh Mohamed Radzi Abdul Wahab. Saya akan perincikan ceritanya. Tengah hari Sabtu 17 Disember, beliau memulakan perjalanan dari Segamat, Johor membawa pulang saya yang tamat mengikuti program English In Camp dan Kem Remaja Perkasa di Kersani Training Centre.Awal pagi Ahad saya sampai di Perlis melalui jalan Alor Star-Simpang Empat-Kangar. Setelah menghantar anak Dr Rushami Zien (YDP Perlis) di Kubang Gajah beliau terus menghala ke Arau untuk menghantar saya di Arau. Selepas melintas lintasan kereta api di Batas Liku, (lebih kurang jam 1:30 pagi Ahad) dan mengharungi banjir yang airnya semakin naik, Toyota Innovanya terbabas ke dalam parit. Beliau, 2 anak perempuannya beserta saya n Aqis terpaksa bermalam di salah sebuah rumah 2-tingkat di tepi jalan (rumah tu telah dinaiki air).Shahidan bagi kami makan KFC..Sedup beb.. Ketika bapak saya menjemput saya pada jam 9:30 pagi; setelah mengharungi air sedalam 1.0 meter, MPV di tepi jalan masih ditenggelami air sehingga ke paras tempat duduk penumpang.Pak Cik Radzi kembali jam 12:00 tgh hari ke lokasi di Batas Liku untuk mendapatkan bantuan menarik MPVnya ke tempat yang lebih selamat. Toyota melalui khidmat Auto Assistnya enggan memberi bantuan. Selang tidak berapa lama, dengan pergerakan bas dan lori yang lalu lintas dan dengan tempias air terus menenggelamkan MPV ke dalam parit.MPV beliau masih lagi di worksop dan akan dihantar ke Toyota Service Centre di Alor Star (Perlis tak ada pusat servis). Mungkin enjinnya kena overhaul dan sudah tentu tinggi kosnya. Oleh yang demikian, saya bagi pihak JIM Negeri Perlis memohon bantuan dan ihsan untuk menghulurkan derma bagi meringankan bebanan yang menimpa Pak Cik Radzi.Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tetuan Pertubuhan JIM Negeri Perlis di Bank Islam Malaysia BerhadAkaun 09 - 010 - 01000777 - 2.Slip deposit boleh difaks ke Pejabat JIM Negeri Perlis 04 986 7729atau SMS ke 019 480 2743 (Wan Muda).

5 comments:

AfarZ said...

afar ngarut....tipu! tulih blog pukui 1 pagi..!

AfarZ said...

afar ngarut....tipu! tulih blog pukui 1 pagi..!

frrom: aqis

Anonymous said...

Hello!
You may probably be very curious to know how one can manage to receive high yields on investments.
There is no initial capital needed.
You may begin earning with a money that usually is spent
for daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one project for several years,
and I'm ready to share my secrets at my blog.

Please visit blog and send me private message to get the info.

P.S. I earn 1000-2000 per daily now.

http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Lose Sluggish Downloads With NZB Downloads You Can Swiftly Search HD Movies, Console Games, MP3s, Applications and Download Them at Alarming Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]NZB Search[/B][/URL]

Anonymous said...

top [url=http://www.001casino.com/]001[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]free casino games[/url] autonomous no store bonus at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino
[/url].